Syahmi mengalami lewat perkembangan pertuturan tidak seperti anak-anak seusia dengannya. Sehingga umurnya empat tahun, baru kedengaran patah-patah perkataan bermakna keluar dari mulutnya. Perubahan sedikit demi sedikit berlaku hingga boleh bertutur dengan perbendaharaan kata yang kian berkembang. Namun dalam usianya 10 tahun kini, seperti insan-insan autisme yang lain Syahmi masih bergelut untuk memperbaiki kelemahannya dalam berkomunikasi antaranya:
1. MENCELAH PERBUALAN
Masih kerap berlaku dimana Syahmi sering mencelah perbualan secara tiba-tiba
dengan membawa tajuk perbualan yang berada dalam fikirannya untuk dikongsikan
dengan mereka yang sedang berbual. Ini boleh membuatkan perbualan pihak
berkenaan terganggu dan menampakkan kurangnya kemahiran Syahmi dalam
ketertiban bila berbicara.
Umpamanya.... sebelum memotong kena bagi signal light dulu! |
2. MENGGUNAKAN TONE SEOLAH-OLAH MEMBACA SKRIP
Masih kedengaran pertuturannya secara tidak bersahaja, namun kekadang seolah-
olah sedang membaca skrip. Penggunaan bahasa-bahasa baku, menyebabkan
perbualannya menjadi perhatian pihak lain dan ada juga yang berkerut dahi kerana
rasa 'pelik'. Syahmi banyak menggunakan perkataan berimbuhan yang kadang
kala tidak kena pada tempatnya.
Seolah-olah sedang membuat pengumuman |
3. TIDAK MEMAHAMI KIASAN DAN KESESUAIAN PENGGUNAANNYA
MENGIKUT MASA ATAU KEADAAN
Masih berlaku dalam keadaan yang tertentu Syahmi menggunakan perkataan yang
straight forward tanpa 'berlapik' untuk menyampaikan maksudnya tanpa
menghiraukan sensitiviti pihak lain.
Dua makna - Bagi Syahmi hanya gambaran klip-klip baju di ampaian..... tapi dalam politik di Malaysia lain pula maknanya....hehehe |
4. TIDAK DAPAT MENILAI RIAK MUKA ORANG LAIN
Masih sukar menilai riak muka pihak lain, menyebabkan Syahmi sering dibuli
juga senang menaikkan kemarahan pihak lain. Keadaan menjadi lebih serius
apabila Syahmi juga sukar berkata-kata secara berkesan untuk mempertahankan
diri sendiri.
Keliru riak muka antara marah, sedih, main-main......dan sebagainya |
Saya percaya, kelemahan ini boleh diminimakan dengan pemantauan keluarga juga pergaulannya bersama rakan sebaya di sekolah. Bagi melalui fasa ini, bukan perkara mudah untuk kita menagih kefahaman dari pihak luar terhadap kekurangan semulajadi mereka. Inilah konflik yang dialami oleh anak-anak autisme.
Semoga, semakin ramai di kalangan masyarakat yang sedar tentang golongan istimewa ini memandangkan suara autisme juga semakin lantang kedengaran di sana sini. Mungkinkah kelantangan ini disebabkan penyandang autisme yang semakin ramai di negara kita atau ibubapa kini yang lebih berpengetahuan.......Ayuh semua! kita bangun untuk memperjuangkan hak anak-anak autisme yang jumlahnya telah melebihi 47000 orang di Malaysia.
Ayuh! Bersemangat untuk bangun berjuang bersama Syahmi.... |
5 comments:
Terbaik....masalah yg sama juga dihadapi oleh 2 anak istimewa saya, Umar dan Ikhwan (ADHD). Kadang2 sedih juga but we have to move forward....
Sama sgt2 dgn ridzuan. Sebab tu kak izan ni jadi peneman setia ridzuan...senang nak betulkan apa2 on the spor
t.
Mesti diterima hakikat ini, namun kita masih berpeluang utk memperbetulkannya...In sha Allah
http://mylittlesonshinestories.wordpress.com/
..jemput semua blogwalking and drop comments to my blog on my Autistic child as well. Semoga perkongsian ilmu dpt kita manfaatkan bersama.
sy suka dengar bila anak sy ckp....kelakar dan menghiburkan...yg penting jgn stress membesarkan anak yg comel ini...
Post a Comment