اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, September 23, 2014

Re-sit UPSR 2014




Bukan senang hendak mencapai bintang......


UPSR 2014, hangat dengan soalan bocor. Tidak cukup dengan subjek Sains, dituruti pula dengan Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2. Terbaru pula dikhabarkan Kertas Matematik juga disahkan bocor. Murid-murid diarahkan untuk re-sit kertas-kertas terbabit yang menglibatkan 2/3 dari UPSR secara keseluruhannya.


Soalan bocor ni, bukan cerita baru. Zaman 80an dulu sudah wujud soalan peperiksaan yang bocor. Namun ianya didiamkan sahaja. Maka lahirlah generasi tuaian soalan bocor, memegang result terbaik di kertas, tetapi 'hancur' bila diamanahkan dalam sesuatu pekerjaan. Apabila sesuatu dimulakan dengan yang haram, maka keberkatan dalam kehidupan juga musnah.


Penat lelah murid, guru dan ibubapa sepanjang tahun, berakhir dengan kekecewaan. Dalam usia 12 tahun, anak-anak kita terpaksa berhadapan situasi yang benar-benar 'meletihkan'. Siapa yang harus ditudingkan kesalahan? Kita kena muhasabah diri masing-masing. Yang bersalah, tetap bersalah. Katakanlah kebenaran walaupun ianya pahit untuk ditelan.


Semoga Syahmi terus tabah dalam menghadapi ujian ini. Pasti ada hikmah yang hendak disampaikan-Nya kepada kita semua yang telah alpa bagi merebut  'A' dalam peperiksaan. Jangan putus asa, teruskan usaha....InshaAllah Syahmi juga boleh!


               

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...