3:34 PM
Kalau dulu, mereka ke Pulau Redang untuk aktiviti perkhemahan. Namun, bukan semua ibubapa berkemampuan untuk mengadakan sejumlah wang yang agak besar bagi membolehkan anak masing-masing turut serta ke sana. Kali ini pihak sekolah ingin membuka peluang kepada semua murid Tahun 6 untuk menyertai pengalaman berkhemah dengan memilih sekolah sebagai tapak perkhemahan.
Pada tanggal 9hb - 11hb Oktober yang lalu, bertempat di Sek Keb Seri Budiman II, maka berlangsunglah Perkhemahan Unit Beruniform 2014. Cuaca yang baik telah membenarkan peserta perkhemahan untuk menjalankan aktiviti dengan lancar.
|
Mereka perlu diberi peluang untuk berdikari di samping pemantauan
seorang guru yang sangat penyabar |
|
Syahmi dan kawan-kawan mendirikan khemah dengan
tunjuk ajar gurunya....Cikgu Ikhwan |
|
Istiadat Mengibarkan Bendera.....
|
|
Syahmi (tengah), khusyuk menghayati doa....
|
|
Aamiin....
|
|
Mendengar tazkirah di surau sekolah....
|
|
Pertandingan memasak jemput-jemput.....
|
|
Kejayaan juga milik kumpulannya....PPKIBP
|
|
Mereka mewakili PPKIBP Sek Keb Seri Budman II....
|
|
Pagi yang hening di hari terakhir perkhemahan.....mereka bersurai
dengan seribu kenangan |
Pendedahan anak-anak penddikan khas terhadap program yang seumpamanya, amat penting untuk melatih mereka membiasakan diri berada di kalangan masyarakat umum. Walaupun kehadiran mereka tidak memberi impak kepada sesetengah pihak, namun inilah cabaran yang harus ditempuhi.
Sesungguhnya, pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Sangat berharga, semoga anak-anak pendidikan khas mampu untuk berdiri seiring bersama anak-anak tipikal.....InshaAllah
0 comments:
Post a Comment