7:46 PM

Assalamualaikum semua....
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa kali ini. Jom kita ambil peluang bersama-sama mencari rahmat, berkat dan keampunan-Nya.....InshaAlla...
1:16 PM

Lidi kalau sebatang pasti mudah patah atau dipatah-patahkan. Tapi apabila lidi telah menjadi seberkas, ia menjadi lebih kukuh dan boleh dibuat penyapu. Kehidupan kita juga begitu. Kita disarankan hidup dalam berjemaah. Bersama-sama, tolong menolong dalam membuat kebaikan, membantu ketika sesiapa dari kita berada dalam kesusahan.
Lidi bila diberkas, menjadi penyapu yang banyak kegunaannya...
Keluarga yang mempunyai anak istimewa, kekadang...
2:55 PM

Bila berpeluang balik ke kampung sekali sekala....gunakan masa sepenuhnya dengan aktiviti bermakna. Cari teman, cari saudara, cari makanan juga bagi melepaskan rindu dendam. Melihat-lihat Bandar Kuala Kangsar yang indah landskapnya, jam besar masih berdiri utuh.
Mengunjungi Apak yang telah pergi, menjadi perkara wajib. Rindu pada kenangan ketika dia masih ada. Walaupun telah 2 tahun Apak di sana, menjenguk pusaranya menjadi kepuasan bagi ku....