A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, July 25, 2015

Pok Chik Dah Pergi....

Pok Chik dah 'pergi'. 'Pergi' meninggalkan dunia ini, 'pergi' meninggalkan anak isteri yang disayanginya, teman-temannya, harta dunianya. Yang dibawa ke sana hanyalah amalannya semasa di dunia. 'Pergi'nya Pok Chik kelmarin dulu setelah mengalami serangan jantung di rumah dan akhirnya tidak dapat diselamatkan lagi walaupun telah dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Pok Chik pergi dalam umur yang masih muda, 48 tahun. Namun...

Tuesday, July 21, 2015

Suasana Raya Di Kampung....1436H

Lapang dada menjejaki kampung halaman, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Suasana kampung pinggir bandar, kira-kira 10 minit memandu sahaja. Dikelilingi pokok-pokok rambutan tua, durian dengan laman yang luas. Boleh parking 20 buah kereta keluasannya. Aman damai suasananya. keluasan halaman menyebabkan ketiak berpeluh untuk menguruskannya. Rumput kena selalu dipotong, sampah sarap kena dikutip. Bukan perkara mudah sebenarnya. Datang...

Wednesday, July 15, 2015

Nak Raya Dah Kita....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung blog AUTISM A GIFT FROM HEAVEN. Terima kasih atas sokongan anda semua. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mendidik insan istimewa autisme. Kemaafan jua dipohon andainya ada  tersalah atau tersilap dalam bicara maya ini. Segala yang baik itu datang dari-Nya, manakala kekurangan/keburukan...

Friday, July 10, 2015

Temu Murni 2015 (SMK (A) Sheikh Abdul Malek - Ting. 1 Ar Razi)

Dia dah di Tingkatan 1. Bila ibubapa dijemput ke sekolah untuk menghadiri Program Temu Murni, maka berdebar-debar juga perasaan si ibu berhadapan Guru Kelasnya. Bila anak istimewa berada di sekolah menengah biasa, saya tidak lagi seaktif dulu mencampuri urusan gurunya dalam pendidikan dan pembelajaran anak istimewa saya. Bukan bermaksud nak lepas tangan, tapi saya mahukan anak saya berdikari. Cuba menyelesaikan masalah sendiri. Namun saya sentiasa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...