Sukar menggunting, bukan sahaja kerana dirinya mengalami masalah fine motor skill. Malahan dia juga kidal dalam melakukan aktiviti seperti menulis. Bermakna tangan kiri lebih dominan jika dibandingkan dengan tangan kanan dalam melakukan kerja. Sebenarnya, terdapat gunting yang special untuk si kidal seperti Syahmi.
No 1 : Untuk Pengguna Tangan Kiri No 2 : Untuk Pengguna Tangan Kanan |
Semenjak naik ke Tingkatan 1, saya terdengar rungutan Syahmi terhadap guru Bahasa Melayunya yang mengingatkan Syahmi supaya memperbaiki tulisannya. Yang peliknya di zaman persekolahan rendahnya, tak pernah sekali pun gurunya komplain tentang masalah yang sama.
Sekarang saya sudah temui di mana punca si anak mendapat teguran dari gurunya. Sebenarnya teguran guru lebih kepada tulisan yang 'comot' disebabkan Syahmi menggunakan pen dakwat yang menyukarkan si kidal menjaga kebersihan tulisannya especially tulisan rumi. Semasa di sekolah rendah, Syahmi hanya menggunakan pensel untuk menulis. Nampaknya Syahmi kena lebih berhati-hati dengan tulisan rumi. Kelebihan pula pada si kidal apabila menulis dalam tulisan jawi.
Ini antara peralatan yang menjadi masalah besar bagi mereka yang kidal |
Setiap kejadian-Nya ada hikmah tersembunyi yang kadang kala sukar kita menilainya. Kesukaran yang mereka alami, menyebabkan mereka sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati dalam melakukan kerja. Mereka sentiasa mencuba mengatasi rintangan yang dihadapi dan tidak sentiasa menunggu untuk di 'suap'.
Maka tidak hairanlah, tokoh-tokoh terkemuka dunia juga KIDAL.....termasuklah Saidina Umar Al Khattab seorang pahlawan kebanggaan umat Islam.
2 darinya insan autistic.... |
Bill Gates juga..... |
0 comments:
Post a Comment