5:51 PM
Selamat Pengantin Baru...Selamat Berbahagia.....Selamat Ke anak Cucu...selamat, selamat dan selamat. Masih ingat lagi tarikh 531995 dimana saya menamatkan zaman bujangan. Setelah 17 tahun berlalu, tarikh yang sama datang lagi untuk tahun 2012 ini. Alhamdulillah dipanjangkan jodoh dengan rezeki yang seadanya disamping anak-anak.
|
"Aku nikah akan dikau dengan .... |
Masih diingatan tarikh tersebut juga bersamaan dengan 3 Syawal dimana sanak saudara di perantauan balik ke kampung untuk berhariraya. Suasana riuh rendah dengan kedatangan sanak saudara untuk makan 'nasi minyak' sambil beraya ke rumah bapa mertua saya di Kuala Kangsar, Perak. Kira-kira 2 in 1 lah konsepnya.
|
Kad Undangan; Warna cream tulisan keemasan! |
Kad jemputan kahwin pun masih ada disimpan rapi untuk kenang-kenangan. Sekarang ni, bila anak-anak dah membesar mereka boleh tengok segala kenangan yang ada. Hiasan kamar pengantin pun ada! Semuanya adalah usaha isteri saya yang menitikberatkan bahan-bahan kenangan ini. Saya tak kisah sangat hal-hal yang telah menjadi sejarah...Yang penting bagi saya,hal-hal masa kini dan yang akan datang. Biasalah orang perempuan....perkara yang kecil-kecil pun diambil kira.
|
Hiasan kamar berasaskan ' tekad ' kebanggaan negeri Perak |
Seminggu selepas tarikh bersejarah itu, kami telah mengadakan jamuan untuk para sahabat di Restoran Bayu , Kuala Terengganu. Sekarang ni, restoran tersebut sudah tidak wujud lagi sebab ianya telah diubahsuai menjadi Kuala Terengganu Specialist Hospital. Tujuannya untuk meraikan rakan-rakan sekerja serta kenalan lain sambil menikmati nasi minyak 'Sam UOB' panggilan mesra di kalangan kakitangan bank-bank di K.T.
|
Meraikan sahabat handai di Restoran Bayu, Kuala Terengganu |
Sekarang saya dah mempunyai dua hero bernama Muhammad Syawal Aiman 16 tahun dan Muhammad Syahmi Asraff 10 tahun. Walau tiada heroin....saya ada anak syurga (Muhammad Syahmi Asyraff) kurniaanNya. Bukan senang nak memikul amanah untuk mendidik anak syurga ni. Terima kasih pada isteri Pn Hayani Zakaria kerana telah 17 tahun hidup bersama tak kira susah mahupun senang.
Semoga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat.....
0 comments:
Post a Comment