1:51 PM

Hari Kemerdekaan negara kembali lagi. Kalau dulu, kami sekeluarga bercuti berempat ke mana-mana. Kini si abang telah tiada bersama. 'Merdeka'lah kamu melayari hidup sendirian di rantau orang tanpa sokongan keluarga.
Rasa sunyi menguasai kami seisi rumah, bagaikan tempang sebelah kaki untuk menapak. Rasa kehilangan yang amat sangat. Ibu terbiasa dengan anak-anak yang sentiasa di sisi. Bila seorang pergi, rasa sedih dan kesunyian melanda.
Dulu...
12:46 PM

Kira-kira19 tahun dulu....Syawal Aiman dan Ibu
Membicarakan tentang Syahmi merupakan perkara biasa di sini. Bukan disebabkan dia anak bongsu yang lebih dimanjakan, tapi kerana Syahmi seorang anak istimewa yang perlukan perhatian istimewa juga jika dibandingkan dengan Si abang.
Namun Si abang tidak pernah dilepaskan dari pandangan mata kami. Ke mana-mana jua masih dalam perhatian. Tidak sewenang-wenangnya keluar rumah sesuka hati. Masih sentiasa...