Sebuah buku bestseller 'Genius Dari Syurga' |
Bila susah atau senang, maka janganlah melupakan-Nya. Jika kesukaran mendatangi kita, maka redhalah dengan ujian yang diterima kerana tiada manusia yang terlepas dari ujian-Nya. Berusahalah kita mengatasinya. Ujian datang untuk diampunkan dosa-dosa kita, ujian juga untuk meningkatkan darjat kita di sisi-Nya. Selain itu, ujian juga meletakkan kita bersama orang yang beriman di sana nanti, dan jangan lupa dengan ujian-Nya juga kita bisa terjerumus ke api neraka. Nauzubillahminzalik...
Konsep tadabbur telah membawa Puan Ainizal Abdul Latif seorang penulis buku 'Genius Dari Syurga' ke Kuala Terengganu. Kelmarin, 3hb Feb 2018 bersamaan hari Sabtu, Seminar Anak Syurga berlangsung di YTMidTown Hotel, Kuala Terengganu dari 9.00am hingga 2.00pm. Terima kasih kepada pihak yang membiayai kos lokasi, makan minum kepada seramai 70 orang peserta iaitu Bahagian Pelancongan Negeri Terengganu.
Bukan mudah kami di Terengganu untuk bertemu muka dengan Pun Ainizal binti Abdul Latif. Kenal dah lama, cuma bertentang mata, inilah pertama kalinya. Alhamdulillah.....dia memang wanita hebat. Kecil molek, tapi berjiwa besar.
Puan Ainizal Abdul Latif sedang berkongsi ilmu dengan para peserta seminar yang hadir, kira-kira 70 orang kesemuanya |
Pn Ainizal Abd Latif (kanan) bersama Kak Long (kiri) -YTMid Town Hotel -Kuala Terengganu- |
Program yang ditunggu-tunggu kami semua di sini. iaitu mencari kekuatan dengan kalam Allah. Tepat, jitu penyampaiannya. Tahniah Pn Ainizal, semoga perjuangan mu terus menerus 'mengairi' kami ibubapa kepada anak-anak istimewa.
Terima kasih pada semua yang menjayakan program ini, team Genius World Solution dari Shah Alam, sukarelawan UNISZA dan Mok Uda Ahmad juga para peserta yang hadir. Semoga kita dipertemukan semula dalam majis ilmiah seumpamanya...Inshaallah
Antara peserta yang hadir, dari jauh dan dekat mengambil peluang menambah ilmu di dada |
9.00am, majlis dimulakan, namun beberapa tempat masih kosong kerana peserta belum sampai |
Team sukarelawan yang diketuai oleh Mok Uda Ahmad (baju biru) serta beberapa orang mahasiswa/i UNISZA |
Mok Uda Ahmad, Kak Long, Pn Ainizal, Tn Hisham dan Syahmi |
Kak Long di bilik yang menempatkan para sukarelawan bersama anak-anak istimewa sedang lepak-lepak sambil makan tengah hari |
Syahmi bersama anak-anak Pn Ainizal |
Lama tak jumpa, para peserta berkumpul bagi menimba ilmu dalam program ini (Pn Zai, Pn Suzara, Cg Normi) |
0 comments:
Post a Comment