Teratak Bernam Riverview, terletak di sempadan Hulu Bernam/Tanjung Malim. Namun untuk sampai ke lokasinya kita kena melalui jalan sempit dari bandar Tanjung Malim (berhadapan Hotel Seri Malim) berkereta kira-kira 9km ke dalam. Menyusuri kampung-kampung yang sekitarnya dipenuhi dengan dusun durian serta diiringi Sungai Bernam bersebelahan yang jernih airnya.
Aliran air dari Banjaran Titiwangsa |
Dikatakan bila sunyi malam, akan kedengaran batu-batu sungai yg kecil bergerak ke hilir mengikut arus air yang agak deras |
Sejuk mata memandang, dingin pula hawa sekitarnya, berteman deruan air sungai yang agak deras, namun menyamankan suasana. Untuk sampai ke sini mengambil masa kira-kira 20 min perjalanan berkereta disebabkan jalan perhubungan yang kurang baik, jalan berturap selorong sahaja. Mungkin atas faktor menjaga keindahan alam semulajadi, jalan perhubungan tidak dinaiktaraf supaya kenderaan besar seperti lori tidak dapat masuk ke kawasan ini.
Lokasi ini amat sesuai untuk mereka yang ingin berkhemah, banyak kemudahan disediakan termasuk penempatan, kantin, serta kemudahan sukan ekstrem seperti jambatan gantung setinggi 5-6m, flying fox dan sebagainya. Hari keluarga juga boleh dirancang ke sini supaya anak-anak kita berpeluang merasai pengalaman berada di belantara. Unggas, tupai, nyamuk menjadi teman hidup.
Cantik suasana |
Syahmi n Syawal ....adik beradik |
Syahmi n Syawal mencuba meniti jambatan gantung kira-kira 50m yang menguji tahap keupayaan menangani 'anxiety' seseorang |
Nun diatas sana, mereka mententeramkan diri seketika sebelum menamatkan cabaran melintasi jambatan gantung |
Pengalaman berharga buat Syahmi, dapat merasai halangan mencabar melintasi sungai dengan melalui sebuah jambatan gantung yang tingginya kira-kira 5-6m. Ibu memang awal-awal lagi angkat bendera putih. Tapi dia berjaya mengatasi rasa gayat + 'anxiety' dengan berjalan perlahan-lahan merentasi jambatan gantung berkenaan. Mungkin kehadiran si abang juga memberikan semangat buat dia untuk sama-sama ke garisan penamat....syabas.
Syahmi juga boleh!
0 comments:
Post a Comment