اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, August 10, 2018

Hanya Jauhari Mengenal Manikam


Airmata melimpah deras, akhirnya terubatnya jua. Kalau dulu Syahmi melangkah keluar dengan rasa  was-was dan sebagainya. Hari ini, hikmah terungkap satu persatu. Cabaran tetap ada, tapi jelas dan nyata cabaran yang datang untuk menguatkan dirinya bagi berhadapan dengan realiti dunia.

Tiga bulan sudah Syahmi di SMK Panji Alam. Berbeza sangat jalan cerita si anak. Kalau dulu dia bahagia kerana dirinya selesa dengan apa yang ada. Hanya dapat menyaksikan bakat/keupayaan orang lain disajikan, dipamerkan. Hanya mampu bertepuk tangan di bawah, tanda bangga dengan pencapaian rakan-rakan seangkatan.

Sampai bila? Sampai bila kamu hanya menjadi tunggul di mata mereka sedangkan sebenarnya kamu mempunyai kelebihan yang disembunyikan. Mereka tidak tahu atau tidak endah dengan kehadiran kamu di sana atau juga kerana kejahilan ilmu.

Biarlah semuanya menjadi pengalaman hidup Syahmi. Sekarang mulakan langkah yang terhenti suatu ketika dulu. Hadapinya dengan kekuatan semangat. Zaman persekolahan kamu telah menghampiri ke penghujung. Setahun dua lagi kamu akan melangkah keluar dari zaman yang paling manis ini, Zaman yang lebih mencabar menanti, yang memerlukan ibu dan ayah melepaskan kamu berdikari di luar sana.

Bersama rakan-rakan tipikal lain menghadiri Program Saya Permata Idaman dimana
para pelajar bermalam sehari di sekolah dengan aktiviti keagamaan

Bertolak Ke Sek Men Keb Lembah Bidong mewakili
Kelab Aerospace sekolah melawat aktiviti kelab yang sama di sana
Bergambar kenangan....Sek Men Keb Lembah Bidong

Banyak lagi aktiviti yang melibatkan Syahmi dirancang dengar khabarnya. Kemarin Kelab Aerospace ke Gong Kedak, Besut untuk melihat dengan mata sendiri lambang kemegahan negara Sukhoi iaitu jet pejuang yang amat dikagumi. Malangnya, gambar-gambar yang diambil tidak dapat dikongsikan di media sosial atas alasan menjaga keselamatan negara.

Alhamdulillah, perkembangan yang baik setakat ini. Semoga kamu dapat melatih diri bergaul dengan masyarakat luar melalui program yang disertai. Terima kasih pihak sekolah kerana memberi kerjasama terhadap perkembangan positif anak kami. 

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...