5:30 AM
Inilah kejayaan yang ditunggu-tunggu dari anakanda Syahmi. Berbaloi rasanya penat lelah si ibu menjadi guru untuk anaknya kerana Syahmi telah membawa pulang berita gembira. Syahmi telah berjaya memperolehi markah 95% bagi matapelajaran Matematik dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang lalu.
|
Matematik |
Harus diingat bahawa Matematik merangkumi 2 kertas iaitu Kertas 1(Objektif) dan Kertas 2 (Jawapan dengan jalan kira). Syahmi berjaya memperolehi 36/40 bagi Kertas 1 sementara 40/40 iaitu markah penuh untuk Kertas 2 (dialah satu-satunya pelajar yang memperolehi markah penuh dari keseluruhan pelajar aliran perdana Tahun 4 di sekolahnya). Menjadikan jumlah peratusannya 95%. Untuk pengetahuan semua, hanya 13 pelajar yang memperolehi gred 'A' dari kelasnya dan Syahmi antara yg terbaik itu. Syabas anakanda!
|
Jawapan Kertas 1 (Objektif) |
|
Kertas 2 (Jawapan dengan jalan kira)
|
|
Muka Surat 2 |
|
Muka Surat 3 |
|
Muka Surat 4 |
|
Muka Surat 5 |
|
Muka Surat 6 |
|
Muka Surat 7 |
'Cakap-cakap belakang' yang sampai ke telinga saya apabila Syahmi memperolehi markah di kalangan yang terbaik antara pelajar di aliran perdana, seolah-olah ada yang mencurigai kemampuan sebenar anak istimewa sepertinya. Ada yang kata " Markah kesian jer tu". Ada juga yang kata "Agaknya kalau tak dibagi markah yang baik, mesti dia melalak menangis"(semasa Tahun 1). Dan ada juga yang kata "Mungkin meniru" dan sebagainya.......
Semoga kejayaan kali ini dapat mengubah sedikit persepsi mereka-mereka yang mencurigai keupayaan anak istimewa. Jadikan 'cakap-cakap belakang' ini sebagai motivasi. Dengan harapan, Syahmi lebih berjaya lagi di tahun-tahun mendatang...InsyaAllah
2 comments:
Alhamdulillah. Insyaallah Syahmi akan terus cemerlang. Keep it up Syahmi. And many congrats to Hayani too, both of you have done well and made us all proud.
Penat setahun.....berbaloi2 dgn kejayaan ini. Cuma BM1 yg ada masalah dan perlu penekanan serius....terima kasih Hayati Jafar...
Post a Comment