Merdeka.. Merdeka.. Merdeka |
Anak istimewa yang berada di bawah program inklusif biasanya akan berdepan dengan masalah kefahaman pihak sekolah terhadap kekurangan dan keupayaan mereka. Walaupun pihak yang membuat dasar telah memberi lampu hijau kepada program inklusif ini, namun bagi mereka yang terlibat, ada yang masih kurang faham dan takut-takut.
Terdapat sesetengah sekolah biasa yang khuatir untuk menerima kehadiran pelajar istimewa, kerana mereka takut hendak memikul 'beban' tambahan kepada sekolah kerana berhadapan dengan pelajar yang dilabel sebagai Orang Kelainan Upaya.
Pada siapa kesalahan hendak diletakkan? Banyak cerita, banyak rungutan berkenaan masalah ini. Ibu bapa kena berusaha sendiri. Tak lut di sini, kita 'tarik' tangan anak kita ke sana pula. Mana tahu, Allah temukan kita mereka yang berhati emas untuk menerima anak kita seadanya.
Tahun 2018, situasi mula berubah. Mungkin disebabkan persekitaran sekolah yang tidak memikul sebarang title, pelajar pun tak seramai mana, maka Syahmi mendapat layanan sebagaimana pelajar tipikal lain. Kewujudan sektor pendidikan khas di sekolah ini juga membantu sedikit sebanyak kesedaran warga sekolah terhadap kehadiran insan istimewa ini. Tidak silap rasanya Syahmi berpindah ke sekolah yang ini.
Alhamdulillah...semoga kemerdekaan negara ke 61 tahun ini memberi makna yang lebih baik kepada pembelajaran dan pergaulan anak kami, Syahmi.
Syahmi bersama rakan-rakan serta Guru Fizik, Cg Normi Suhada Jusoh |
0 comments:
Post a Comment