Tahun 2012 merupakan tahun ke dua Syahmi berjaya berpuasa penuh sebulan Ramadhan. Alhamdulillah....kerana Nya jua memberikan anugerah kesihatan yang baik pada Syahmi sepanjang bulan Ramadhan yang lalu walaupun cuaca panas terik dan sekali sekala hujan serta ribut petir.
Ke sekolah seperti biasa, ke kelas KAFA di sebelah petangnya tidak menghalang Syahmi untuk meneruskan ibadah puasa. Sepanjang 29 hari berpuasa, pernah sehari dia mengangkat bendera putih dari meneruskan puasanya dengan excuse ala-ala mufti tak bertauliah. Katanya 'Syahmi dah diwajibkan berbuka puasa ni sebab dah tak larat bagai nak pengsan". Kebetulan hari tu, dia hanya minum air suam ketika bersahur. Melihat dari keadaannya kami tahu dia masih mampu bertahan, lalu dipujuk rayu supaya dapat menamatkan perjuangan untuk hari tersebut. Akhirnya berjaya....
Ternganga mulut keletihan menunggu ibu mengambilnya di sekolah |
Yang paling menarik, hari ke 29 (terakhir) kita berpuasa dimana Syahmi ke ladang ternakan lembu dan itik Uncle Zaini Abas yang juga sahabat di Autisme Malaysia dimana letaknya hanya kira-kira 7km dari rumah Atok di kampung. Melihatkan aktiviti ternakan lembu dan itik yang jarang-jarang dapat disaksikan secara dekat, maka kami menghabiskan masa di sana beberapa jam. Akhirnya, Syahmi mula penat yang amat sangat........minta berbuka puasa. Nasiblah boleh dipujuk-pujuk sambil melengah-lengahkan masa hingga ke waktu berbuka.
Melihat-lihat ternakan Uncle Zaini Abas...... |
Beginilah keletihan seorang penternak untuk mendapatkan hasilnya |
Ada jugak kerusi empuk buat tetamu kehormat....hehehe |
Pengalaman menarik di ladang ternakan disamping menguji kesabaran di hari terakhir umat Islam berpuasa. Syukur alhamdulillah Ramadhan kali ini Syahmi diizinkanNya berpuasa penuh. Walau tiada ganjaran, nampaknya dia telah memahami ertikata puasa yang sebenarnya.
Semoga kita semua masih diberi kesempatan untuk berada di Ramadhan yang akan datang....InshaAllah.
4 comments:
Tahniah Syahmi!
Kiriman Ucapan Raya Syahmi is the best I've ever received! Dah save dlm laptop - boleh tengok selalu:) looking forward to seeing you in person on the 16th.
Tungguuuu...jumpa di Putrajaya nanti....InsyaAllah
tahniah buat syahmi dan ibubapa yang sabar melayan karenah anugerah yg sgt istimewa ini.
tq Mimie....ujian saya tak seberapa jika nak dibandingkan dgn ibubapa lain...semoga kami sekeluarga diberi kekuatan olehNya utk mendidik anak ini demi masa depan...
Post a Comment