12:18 AM

Nak jadi mekanik!
Enam tujuh tahun yang lalu saya ingatkan anak saya minat sangat nak jadi mekanik membaiki kenderaan sebab terlalu 'asyik' memerhati tayar kenderaan permainannya berpusing. Anak-anak lain bermain dengan menunggang ke hulu ke hilir permainan tersebut, tapi Syahmi lain benar reaksinya dimana dia lebih suka memerhatikan sahaja pergerakan tayar kenderaan mainannya....

Ada orang panggil ibu, ada pula yang panggil emak dan ada juga yang panggil mama, panggilan ummi pun sedap didengar, semuanya ialah panggilan kita kepada seorang wanita yang melahirkan kita. Ada juga wanita yang tidak melahirkan kita, turut dipanggil ibu, ibu angkat, ibu mertua dan sebagainya. Pokoknya ibu dikedudukan teristimewa di hati kita.
Inilah Ibu Syahmi
Bagi Syahmi, ibu adalah segala-galanya. Kadang-kadang menjadi teman tempat meluahkan...

Syahmi dan Aqeel Azhar rakan sebayanya
Hari ini 26hb January 2012 jam 8.30 am, Syahmi telah menyertai Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah sejauh 3km. Matlamat saya supaya Syahmi dapat membiasakan diri dengan aktiviti yang melibatkan warga sekolah serta membina tahap kecergasan Syahmi. Sebelum ini Syahmi banyak menghabiskan masa dengan laptopnya di rumah.....tiada senaman dan amat kurang melakukan riadah.
Dimulakan dengan...

Kecil punya hal pun marah, besar punya hal tentunya lagi mengundang kemarahan. Mereka yang sebegini boleh dikategorikan sebagai 'panas baran' namanya. Cepat 'naik angin' tanpa kawalan kerana terlalu mengikut nafsu amarahnya. Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat sebegini. Sebagai umat Islam, berzikir adalah ubat yang mujarab serta amat dianjurkan oleh agama untuk kita amalkan bagi ketenangan hati dan nurani.
Berlainan pula dengan insan...

Anak naga tersesat di Tasik Kenyir....
Sekolah ditutup agak lama untuk perayaan Tahun Baru Cina...dan kesempatan ini kami ambil untuk berjalan-jalan ke Tasik Kenyir yang dikira lebih tenang untuk dikunjungi. Di serata tempat di bandar Kuala Terengganu sudah tidak aman lagi bagi penduduk tempatan untuk berjalan-jalan kerana kesibukan kenderaan luar yang datang bercuti ke sini mahupun anak perantau yang balik...

Buku Latihan Bahasa Melayu Syahmi
Cepatnya masa berjalan hinggakan bulan January 2012 telah hampir ke penghujungnya, Setakat ini Syahmi telah belajar seperti biasa.....cuma nampak keletihan dengan jadual yang agak ketat disebabkan Syahmi kini berada di Tahun 4. Dengan kegiatan ko-kurikulumnya, kelas Fardhu Ain dan aktiviti sukan di sebelah petang membuatkan Syahmi kurang selesa sebab terpaksa mengurangkan masanya di...

Masa sangat pantas berlalu......dengan komitmen terhadap karier, menguruskan keluarga dan sebagainya membuatkan kita menjadi pemburu masa. Kalau dulu muka licin bersih...segar bugar tapi sekarang banyak titik-titik hitam yang membayangkan kematangan ....apatah lagi dengan garis-garis kedutan yang kian nyata kelihatan. Tidak perlu pada botox ....tidak perlu segala perubatan moden kerana kewujudannya adalah tanda peringatan yang dikurniakan...

Berkawan bagi kanak-kanak normal
Apabila kita menceritakan perihal kanak-kanak, kawan adalah elemen penting dalam kehidupan mereka. Biasanya kanak-kanak lebih memberi keutamaan kepada kawan-kawannya dibandingkan dengan ahli keluarganya sendiri. Seboleh-bolehnya mereka ingin sentiasa bersama dalam menjalani aktiviti seharian. Berkongsi suka duka, hilai tawa dan sebagainya....

Bagi kanak-kanak autistik masing-masing mempunyai minat yang berbeza antara satu sama lain. Jika mereka telah 'jatuh hati' terhadap sesuatu, maka mereka akan berada di tahap obsess sehingga sanggup berjam-jam lamanya untuk mendalami minat mereka itu. Sebagai ibubapa, kita sepatutnya mengenalpasti di peingkat awal lagi tentang minat anak kita itu dan segala input harus diberikan kepadanya untuk diterokai dan ada kalanya mereka akan...

Dalam Qiam Sucikanlah Zat Tuhan mu
Masa Rukuk Rasakan Kebesaran Sifat-Nya
Dalam Sujud mu Ingatlah Perjanjian mu Dengan Tuhan Dan Alam Roh
Duduk Tahiyyat Ingatlah Segala Nikmat Kurnia Tuhan mu Atas mu, Sabar, Redho, Syukur dan Ikhlaslah Di atas Dunia Ini
Pra Pendidikan Khas (2008) - Syahmi (2 dari kiri) bersama kawan-kawanjuga Cikgu Rosma binti Jasni dan Cik Fazima
Ada yang down syndrome dan ada pula yang autisme malahan pelbagai...

Sebagai permulaannya, ingin saya memperbetulkan sebutan kita yang tidak menguasai penggunaan Bahasa Mandarin yang betul bagi ucapan 'Gong Xi Fa Chai'. Kebiasaannya kita akan menyebut Gong sebagaimana sebutan dalam Bahasa Melayu....sedangkan dalam Bahasa Mandarin 'G' harus dibunyikan seperti huruf 'K'. Oleh sebab itu kita akan mendengar orang Cina menyebut 'Kong Xi Fa Chai' walaupun ejaannya Gong Xi Fa Chai'. Ada beberapa...

Understanding your child is one of the most important things that you should learn as a parent. It is very helpful in becoming effective in guiding and nurturing your child as they grow and mature. You need to bear in mind that your child has a unique personality trait that remains consistent throughout life.
Am I an autistic boy? I like to arrange an objects in a row
One of the ways you can understand your child is by observing them as...