اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, January 18, 2012

Obsesi...

   Bagi  kanak-kanak autistik masing-masing mempunyai minat yang berbeza antara satu sama lain. Jika mereka telah 'jatuh hati' terhadap sesuatu, maka mereka akan berada di tahap obsess sehingga sanggup berjam-jam lamanya untuk mendalami minat mereka itu. Sebagai ibubapa, kita sepatutnya mengenalpasti di peingkat awal lagi tentang minat anak kita itu dan segala input harus diberikan kepadanya untuk diterokai dan ada kalanya mereka akan menjadi expert dalam bidang-bidang itu di masa akan datang.

   
   Ada yang hebat melukis hingga boleh terjual hingga ratusan ribu ringgit nilainya di pasaran, dan ada juga yang boleh menguasai banyak bahasa sedangkan kita tahu bahawa golongan ini mempunyai masalah besar terhadap perkembangan bahasanya. Begitulah keajaiban yang ada pada insan autistik ini yang harus kita gali dan terus gali supaya 'hidden talent' yang ada pada mereka tidak terpendam kerana kealpaan kita sebagai ibubapa.









'Laptop' ku yang pertama

  Bagi Syahmi,  dunia komputer adalah minatnya yang terserlah semenjak usia 3 tahun lagi. Ke hulu dan ke hilir  konon-kononnya 'laptop' dibawa ke mana-mana untuk menjadi bahan mainannya sambil memperolehi pembelajaran awal untuk mengenal huruf dan nombor. Lagu kanak-kanak juga ada dimuatkan di sana untuk menarik perhatiannya.


Hariraya pun masih dengan laptop
  Setelah usianya 4 tahun, kami dapat melihat minat yang mendalam terhadap bidang ini berterusan dan mula menguasai laptop yang sebenarnya, bukan 'konon-konon' lagi. Tidak perlu diberi tunjuk ajar, cukup sekadar menjadi pemerhati pada peringkat permulaannya dan akhirnya selok belok samada berliku z mahupun lurus dalam bidang  ini dapat dikuasai dengan pantasnya.


Yang tinggal hanya jasad,,,,nyawa dah  melayang!
 Sekarang, Syahmi telah memiliki laptop sendiri untuk kegunaan peribadi....hehehe... 'Laptop' zaman kanak-kanak sudah dibiarkan usang dimamah usia. Dari pen drive 8gb kini request pula untuk mendapatkan hard disk 500gb. Segala yang diminati dimuatkan di sana untuk reference bila diperlukan.


    Masa-masa lapangnya banyak dihabiskan dengan laptop untuk melayari info-info terkini tentang  dunia angkasalepas.....Kelengkapan yang ada digunakan untuk menghasilkan video arahan dan lakonan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak. Dalam diam....dia bersendirian menghasilkan video yang tidak kurang hebatnya. Sama seperti video di Youtube yang dihasilkan oleh anak-anak Mat Saleh tu....Syahmi banyak menghasilkan video tentang kapalterbang (unboxing an airplane). Anak istimewa kita juga boleh! Cuma peluang harus diberikan serta kesabaran kita untuk mendidiknya.


 
     Inilah teman baik Syahmi di kala suka dan duka... Tanpanya sunyilah sebahagian kehidupan Syahmi seperti pungguk rindukan bulan dan akhirnya jadilah macam cacing kepanasan hehehe...silap-silap tantrum pun datang. Inilah masalah yang ada pada anak-anak autistik kebiasaannya kerana terlalu obsess terhadap sesuatu yang diminatinya. Sebagai ibubapa kita kena sentiasa memantau obsess yang melampau ini supaya anak ini dapat membataskan masa antara minat dan realiti kehidupan.






         

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...