3:49 PM

Cepatnya masa berlalu....14 tahun berulang-alik menghantar mahupun mengambilnya dari sekolah akhirnya Syawal Aiman menamatkan pembelajaran Tingkatan 5 dengan berakhirnya menjawab soalan Kertas Biologi (SPM) pada jam 3.30pm, 27hb Nov 2013 yang lalu.
Syawal Aiman ketika berusia 6 tahun
di Tadika St Theresa, Kuala Terengganu
Syawal Aiman, abang kepada Syahmi Asyraff adik yang istimewa autisme. Jarak umur antara keduanya 6 tahun....
7:37 PM

Tapak kaki lengkungan
tinggi
Tapak kaki normal
FLAT FOOT
Terdapat 3 jenis tapak kaki manusia yang biasa didapati iaitu, tapak kaki normal, tapak kaki lengkungan tinggi dan tapak kaki rata (Flat Foot). Kali ini saya ingin menumpukan kepada permasalahan Flat Foot dimana biasanya ia disebabkan faktor warisan keluarga. Namun faktor biomekanik pada bahagian kaki seperti...
12:12 PM

Syahmi kurang beraktiviti, kurang melakukan senaman, jarang sekali nampak dia berpeluh kerana sebahagian besar masanya hanya menghadap lappy. Tubuh yang semakin berisi, stamina semakin menurun, nafas semakin pendek antara gejala yang terang lagi bersuluh apabila asyik memerap di rumah.
Cuti sekolah kali ini, ayuh kita turun gelanggang!
Kadang-kadang kena, kadang-kadang servis angin....
Tunduk, bangun mendapatkan bulu tungkis.....baru...
11:18 AM

Umpama Sang Gajah dengan Sang Semut
"Aku orang kecil, engkau orang besar, kau ibarat gajah, ku hanya semut merah". Begitulah hakikatnya asam garam kehidupan manusia, rasa rendah diri apabila kita berada di bawah. Dalam keadaan tertentu, rasa rendah diri itu baik untuk diamalkan. Manakala dalam keadaan yang lain pula, rendah diri boleh meruntuhkan semangat kita. Bagaimana pula Syahmi dengan prinsipnya, lurus tanpa berprasangka....
6:00 PM

Bukan tiada tajuk lain yang hendak diperkatakan, tetapi sengaja mencuri perhatian dengan tajuk yang boleh membuatkan kita 'kembang tekak'. Namun, mahu atau tidak kita perlu tahu di mana kedudukan najis kita bagi memastikan kita berada dalam kesihatan yang terbaik.
Objek hanya sekadar lakaran.....
carta yang diperkenalkan oleh Lewis S.J dan Heaton K.W
dari University of Bristol, UK
...
11:37 AM
.jpg)
Akhirnya Dia Berjaya....
Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sek Keb Seri Budiman II, Kuala Terengganu telah berlangsung pada 11hb Oktober 2013. Tahniah Syahmi, kerana buat pertama kalinya Syahmi berjaya meloloskan diri di kalangan anak-anak tipikal yang lain di aliran perdana untuk naik ke pentas menerima anugerah Pelajar Terbaik Bahasa Inggeris Tahun 5 berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 yang lalu.
Bukan senang sebagai anak...