اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, November 29, 2013

Akhirnya Kita Akan Sendirian Juga....

Syawal Aiman ketika berusia 6 tahun
di Tadika St Theresa, Kuala Terengganu

               Cepatnya masa berlalu....14 tahun berulang-alik menghantar mahupun mengambilnya dari sekolah akhirnya Syawal Aiman menamatkan pembelajaran Tingkatan 5 dengan berakhirnya menjawab soalan Kertas Biologi (SPM) pada jam 3.30pm,  27hb Nov 2013 yang lalu.


               Syawal Aiman, abang kepada Syahmi Asyraff adik yang istimewa autisme.  Jarak umur antara keduanya 6 tahun. Dalam banyak hal mereka tidak seirama mungkin kerana faktor usia, namun  mereka tetap adik beradik. Kasih sayang tidak akan hilang maklumlah sedarah sedaging.


Senyum lebar, menamatkan pembelajaran
di Tingkatan 5 (SPM)...
namun result belum tentu!
               Tahun depan kami masih tertanya-tanya ke mana hala tuju si abang. Hanya Dia yang maha mengetahui dengan sebaik perancangan buat hamba-Nya. Bergantunglah pada keputusan SPM si abang nanti. Semoga abang berjayalah hendaknya bagi mencerahkan peluangnya melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.


               Bila anak kian membesar, tiba masanya kita ibubapanya akan ditinggalkan. Itulah lumrah alam, putaran roda kehidupan. Dulu kita meninggalkan ibubapa di kampung untuk melanjutkan pelajaran. Sekarang tiba masanya, kita pula merasai sayu sendu ibubapa yang terpaksa melepaskan si anak untuk berjauhan dengan keluarga. Saya mesti bersedia untuk itu. Saya masih ada Syahmi untuk menemani kami yang tentu juga kesunyian tanpa usikan, gelak tawa abangnya.

Dulu 2007....Syawal dan Syahmi

                 Terimalah hakikat bahawa suatu masa nanti, kita semua akan sendirian juga. Jika ada 10 anak sekali pun,  tidak selama-lamanya mereka akan berada di sisi kita. Mereka juga ada kehidupan masing-masing yang harus dibina. Semoga mereka sentiasa 'ingat' pada orang tuanya walaupun kita telah bersemadi di sana.


Sekarang 2013....Syawal dan Syahmi
                 Yang pasti, lambat laun kita akan sendirian juga. Tiada anak, tiada suami/isteri, tiada saudara mara yang akan menemani kecuali amalan kita di dunia.


                  Semoga kedua-dua anak kami, Syawal Aiman dan Syahmi Asyraff menjadi anak yang soleh untuk mendoakan kesejahteraan kami baik di dunia mahupun di akhirat kelak....aamiin
             


               


                  

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...