Ramai-ramai berkumpul di kampung untuk menyambut hariraya. Penat hingga terjelepok rasanya. Menyambut tetamu, kunjung mengunjung sanak saudara, tak kering tangan bagi mereka yang menyediakan makanan di dapur.
Bilik air berebut, seterika pun berebut, semuanya lumrah bila adik beradik berkumpul di kampung menjelang hari raya. Penat mengharungi suasana begini namun tetap menggembirakan hati, membuahkan kerinduan hingga kini terhadap sanak saudara.
Hariraya Pertama - Sekeluarga beraya di Kuala Kangsar |
Hariraya Pertama - Kuala Kangsar tetap di hati |
Hariraya Pertama - 'Bodyguard' |
Hariraya Kedua - Bertolak ke Ipoh untuk bertemu saudara mara di sana |
Hariraya Kedua - Menziarah jiran tetangga dulu yang telah lama ditinggalkan |
Hariraya Kedua - Menziarah kubur Tok dan Embah di Perkuburan Islam Gurap, Ipoh |
Hariraya Kedua - Syahmi berpeluang mengetuai bacaan yasin dan doa buat Embah di sana |
Hariraya Kedua - Menziarah teman sepermainan si ayah zaman kanak-kanaknya. Am, insan istimewa yang kini telah menjangkau usia 43 tahun |
Hariraya ketiga, kami mula sibuk membantu kakak yang akan mengadakan majlis kenduri kahwin puterinya, Nur Syafiqa Husna. Besar-besaran majlis nampaknya. kanopi didirikan bagaikan cendawan memutih. Dari jauh kelihatannya warna ceria menyambut menantu baru dalam keluarga ini. Hariraya keempat dipilih untuk diadakan acara gilang gemilang ini.
Hariraya Ketiga - Persediaan kenduri kahwin keesokkannya |
Hariraya Ketiga - Semtuhan terakhir sebelum menjelang hari yang dinantikan |
Hariraya Ketiga - Sebelah petang diadakan majlis akad nikah |
Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya, berlangsung majlis perkahwinan puteri tunggal kakak, Nur Syafiqa Husna dengan Kushairi. Majlis dikunjungi tetamu dari jauh dan dekat, mengimbas kembali wajah-wajah lalu yang pernah mewarnai kehidupan ku. Ada yang telah tidak ku kenali, ada juga tersenyum kepuasan dengan pencapaian yang dikecapi manakala ada yang berwajah suram menanggung penyakit yang dihidapi. Maklumlah usia kami telah menjangkau separuh abad.
Sang Puteri disatukan dengan pasangannya, maka bertambahlah seorang lagi ahli keluarga besar kami. Semoga jodoh pasangan Syafiqa dan Khusairi kekal hingga ke jannah. Layari bahtera sesabar mungkin. Tiada kehidupan yang tidak diuji oleh-Nya. Susah senang ditempuhi bersama.
Hariraya Keempat - Selamat Pengantin Baru buat Syafiqa Husna dan Kushairi |
Hariraya Keempat - Kami Keluarga Besar Tok Yan berkumpul kali ini untuk dwi sambutan Hariraya dan Kenduri Kahwin |
Hariraya Keempat - Nampaknya Syahmi pun tidak mahu ketinggalan...hihihi |
Jumpa lagi dilain masa wahai adik beradik 'Keluarga Besar Tok Yan'. Empat hari berkampung beramai-ramai memang menggembirakan walau kadang kala penat dan letih dipanggang cuaca panas terik. Entah bila lagi dapat berkumpul begini. Berjaga hingga ke lewat pagi, bersembang-sembang sambil minum kopi. Sama-sama berjemaah dalam majlis tahlil.
Semoga kita semua dipanjangkan umur, sihat sejahtera selalu dengan rezeki yang melimpah-ruah. Dapat bertemu kembali, dalam suasana yang ceria begini. Jangan dilupakan kepada mereka yang telah mendahului kita. Al fatihah.....
0 comments:
Post a Comment