اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, February 19, 2019

Genu Valgum (Knock Knees)



Syahmi mengalami keadaan struktur kaki yang dipanggil 'Knock Knees'

'Knock Knees' atau dikenali juga sebagai Genu Valgum dimana keadaan struktur kaki seseorang individu bertemu di bahagian lutut kemudian kaki kiri dan kanan menjauhi antara satu sama lain. Biasanya kita dapati keadaan ini berlaku pada kanak-kanak. Namun adakalanya ia juga berlarutan berlaku hingga ke dewasa.


Perbandingan antara struktur yang normal dengan yang
mengalami masalah 'Knock Knees'

Keadaan ini sebenarnya memberi kesan kepada posture bahagian bawah tubuh seseorang. Jika keadaan berlarutan, akan mengakibatkan masalah sakit lutut yang akhirnya menghadkan pergerakan di masa hadapan. Sila dapatkan pandangan doktor pakar bagi membantu golongan ini.

Permasalahan ini timbul disebabkan beberapa faktor seperti obesiti, masalah sendi (rheumatoid arthritis), kekurangan vitamin D dimana menjurus kepada masalah rickets dan struktur tapak kaki ('flat feet'). Saya hanya ingin menyentuh tentang masalah 'Flat Feet' kerana Syahmi mengalami masalah ini.

Akibat dari struktur lengkungan tapak kaki yang rata ('flat feet'), tulang paha dan tulang kering akan terdorong memusing ke dalam dan memberi tekanan kepada kepada bahagian lutut dan akhirnya akan mengganggu kelancaran ketika berjalan. Banyak aktiviti fizikal terpaksa dihadkan bagi menyelamatkan keadaan dari menjadi serius. Terutama aktiviti yang melibatkan tekanan berlebihan kepada bahagian lutut seperti jalan itik.

Ibubapa seharusnya berhati-hati dalam pemilihan aktiviti si anak yang mengalami masalah 'Knock Knees'. Jika dibiarkan, kecederaan bahagian lutut sangat mudah berlaku. Di sekolah, kena maklumkan kepada guru-guru tentang permasalahan yang dihidapi oleh si anak supaya dapat mengelakkan dari berlakunya sebarang kecederaan yang tidak diingini. Pernah seorang doktor mengesyorkan Syahmi menggunakan insole bagi mengatasi masalah 'flat feet'.

Semoga informasi ini dapat dimanfaatkan. Wallahualam

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...