A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, May 22, 2018

'Habuan'

'Membara' Bukan kurang sabar, tapi dah hilang sabar. Sabar juga ada hadnya. 1 Ramadan lalu, bermulanya kita umat Islam berpuasa. Pahala ku terbang melayang awal-awal pagi lagi. Bila hati luka, maka kesabaran ku campakkan ke tepi. Bertahun memendam rasa, akhirnya ku luahkan segala dalam bentuk lahar yang membara. Menangis, meninggikan suara...tidak malu-malu lagi pada siapa jua di persekitaran. "KALAU CIKGU-CIKGU SEMUA ADA ANAK ISTIMEWA SEPERTI...

Sunday, May 13, 2018

Pilihanraya Oh Pilihanraya

'Inai Pilihanraya' Akhirnya, keputusan pilihanraya ke 14 lalu telah menyebelahi pihak Pakatan Harapan pimpinan bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Mahathir Mohamad. Hampir kebanyakan negeri disapu bersih oleh pakatan ini. Itulah kemahuan rakyat terutama golongan muda. Mereka mahukan perubahan. Golongan muda kini bukan seperti generasi lalu. Kebanyakannya berilmu, berpengetahuan. Mereka berdarah muda, tidak merasai zaman bersusah-susah...

Tuesday, May 8, 2018

Esok Pilihanraya ke 14

Esok, 9hb Mei 2018 bersamaan hari Rabu. Jom kita mengundi untuk memilih pemimpin masa depan. Tak perlu gaduh-gaduh, tak perlu kata kesat. Hanya perlu memangkah sahaja. Lusa kita akan tahu siapa menjadi pemimpin kita untuk tempoh 5 tahun yang akan datang. Semoga Malaysia terus dipelihara Allah, aman, maju dan sentiasa dirahmati Nya... aamiin Corak tapak dam Corak yang sama Di Kuala Terengganu, calon-calon yang bertanding terdiri dari 3...

Melangkah Bukan Kalah...

Melangkah kaki.... Kena fikir dalam-dalam hal anak istimewa ni. Bukan ikut kemahuan kita, kena rasional demi masa depan si anak. Dengan berat hati, saya melangkah ke pejabat untuk mendapatkan borang permohonan pertukaran sekolah. Dulu, ibu pernah mendambakan kamu bersongkok, berlengan panjang, berkasut hitam jalan beriringan dengan kawan-kawan di sebuah sekolah agama. Harapannya, biar akhlak, amalan mu lebih baik dari kami yang hanya bersekolah...

Monday, May 7, 2018

'Masuk' TV Kita Kali Ni

Tak senang duduk dibuatnya bila dikhabarkan crew Al Hijrah akan datang bertandang ke rumah untuk buat liputan tentang Syahmi berikutan dari penganugerahan Bank Rakyat yang lalu. Rumah kami tunggang-langgang, tak berkemas. Rumah sewa, 3 bilik. Biasa-biasa sahaja keadaannya. Terletak di kawasan kampung di Kuala Terengganu, di kelilingi hutan pucuk paku midin. Selamat datang ke teratak usang kami Seminggu ibu Syahmi mengemas rumah, ibu ada...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...