Bila tiba musim perayaan, amalan kunjung mengunjung menjadi agenda utama. Saudara yang terdekat mahupun sahabat handai dikunjungi, bertujuan untuk mengeratkan ikatan sillaturrahim sesama kita. Bagi yang beranak-pinak, terutamanya yang beranak kecil semestinya ibubapa tak boleh leka untuk memastikan anak-anak kita berperilaku baik terutamanya di depan khalayak.
Jika kita mempunyai anak typical, biasanya ibubapa lebih berkeyakinan bila berhadapan di khalayak ramai. Tapi bila anak-anak istimewa hendak dibawa berhadapan dengan masyarakat, memang ada kegusaran di pihak ibubapa.
Berapa ramai mereka di luar sana yang cuba memahaminya? |
Bukan ibubapa sengaja menafikan hak bersosial anak istimewa masing-masing, tapi kebiasaannya masyarakat tidak dapat menerima atau kurang faham dengan kelainan yang ada pada anak istimewa kita. Kalau yang cacat di kaki, tangan, mata atau bahagian-bahagian anggota badan yang lain, mungkin mereka di luar sana akan berasa belas kasihan atau simpati kerana kekurangannya nampak di mata. Tapi jika melibatkan anak-anak istimewa bermasalah tingkahlaku seperti anak-anak autisme, memang sukar untuk masyarakat memahaminya.
Rupa paras yang tiada kurangnya, tingkahlaku pun 'canteek' ..... |
Dengan keadaan fizikal yang tiada cacat celanya, tentulah masyarakat akan menganggap bahawa perilaku anak-anak istimewa ini bukan berpunca dari kekangan semulajadi mereka tapi lebih menyedihkan kesalahan diletakkan di bahu ibubapa yang salah mengasuh anak-anak hingga terhasilnya 'produk' yang kurang menyenangkan mereka disekeliling.
Ibubapa mana yang boleh menerima celaan dan hinaan terhadap darah daging sendiri, apatah lagi jika ianya datang dari saudara mara yang terdekat dengan kita. Bagaimana lagi harus diterangkan, apa lagi daya untuk kami jelaskan. Tahukah mereka bahawa kami ibubapa anak autisme ini sanggup berhabisan tenaga dan wang ringgit untuk membantu perkembangan positif anak kami. Siapa yang kisah?
Menurut kata seorang sahabat, ibaratkan seperti air dicurahkan ke daun keladi...... tidak meninggalkan bekas pada zahirnya |
Sabarlah duhai hati-hati yang terluka, kuatkan semangat demi anak-anak istimewa kita. Walaupun sukar diterima, pandai-pandailah memujuk hati supaya tidak ambil bekas terhadap celaan orang di sekeliling. Mungkin kekadang hati kita terguris, berlapang dadalah terhadap mereka. Doakan agar mereka akan diberi hidayah olehNya untuk memahami perjuangan kita.
Telanlah walau ianya pahit.......kerana biasanya yang pahit itu menjadi penawar sementara pujian manis bisa membuat kita leka.
5 comments:
Bagi yg kecil, masih lagi comel walaupun kadang2 kelakuan merea tidak appropriate, tapi bagi yang dah besar panjang bujang macam Iddin, kadang2 tuan rumah pula yg terasa hati
Syahmi pun sama.... kdg2 dia sound direct jer contohnya kalau dia nampak org merokok...
Yg sedihnya bila org kata kita tak tahu jaga anak..Ikut je cakap anak2.
Padahal mcm2 usaha dah kami lakukan utk ajar dan mendewasakan mrk.
Syahmi minat ke baju melayu kotak anak2 acik tu.Beli kat Pasar Payang je"Hazwani Batik"..
Mak dia yg minat....tak sangka pulak dr Tgganu....Pasar Payang...petik jari boleh dapat...hehehe
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.
Post a Comment