7:15 PM
|
Selamat hari Lahir......Ibu
|
Hari ini 15hb Mei 2013, harijadi ibu Syahmi yang ke 47 tahun. Tiada yang menarik untuk dikongsikan bersama. Penat menguruskan anak-anak yang sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Terkadang, kepentingan dirinya ditolak ke tepi demi kebahagiaan keluarga.
Namun hari ini ada sesuatu yang cukup menggembirakan hati si ibu. Berita dari Syahmi tentang keputusan peperiksaan kertas Pendidikan Islam dimana Syahmi satu-satunya murid yang berjaya memperolehi markah penuh 100% dengan meninggalkan rakan sekelas yang lain terdiri dari murid tipikal. Berita ini dimaklumkan oleh Ustazah Aluzza yang mengajar matapelajaran tersebut.
|
Lampiran Jawapan |
|
Muka Depan |
|
Muka Surat 1 |
|
Muka Surat 2 |
|
Muka Surat 3 |
|
Muka Surat 4 |
|
Muka Surat 5 |
|
Muka Surat 6 |
|
Muka Surat 7 |
|
Muka Surat 8 |
Sengaja saya mempamerkan kertas soalan secara menyeluruh bagi matapelajaran Pendidikan Islam j-Qaf (Tahun 5) ini. Tujuannya hanyalah untuk memberikan berita gembira pada ibubapa lain yang kurang sedar tentang lonjakan positif anak-anak dalam usia 8-11 tahun kini, di mana ramai antara mereka yang telah boleh membaca dan menulis dengan huruf Jawi juga mampu mengenal hukum tajwid berbanding dengan anak-anak sebelum j-Qaf diperkenalkan di sekolah.
Inilah hadiah yang lebih bermakna bagi si ibu.......alhamdulillah. Tidak sia-sia ibu memujuk Syahmi bangun seawal 4.30 am untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Semoga prestasi ini dapat dikekalkan hingga Peperiksaan Akhir Tahun nanti, In Shaa Allah...........
4 comments:
Alhamdulillah....
Selamat ulangtahun kak long...:-)
c.z.u.k.a....terima kasih tidak terhingga di atas ucapan selamat hari ulang tahun dan ziarah anda terhadap blog ini
Tahniah Syahmi!!
Keep it up
Terima kasih aunty Hayati Jafar
Post a Comment