A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, February 4, 2012

Bottles of Pills: Medication Options for Autistic Patients

2 or 3 years ago he was very difficult to take medicine.....now no longer
As with any illness, disease, or disorder, there are a number of medicine options available to help control these symptoms. It is important to remember that none of these medications will "cure" autism; they simply help control some of the effects of the disorder. There are advantages and disadvantages to each drug, as they all have side effects as well as benefits. When choosing medicines to effectively treat autism, your doctor can make recommendations, but since autism is a disorder which varies from person to person, you should use drugs very carefully, watching to see how the body reacts to the treatments.

First, consider the safety of the drug. Some cannot be used in children or in people under a certain weight. Make sure the dosage is easy to understand and before you choose one medicine or another find out how it is administered (pills, injections, liquid, etc). This is important if you are not comfortable with certain methods, such as injecting yourself or your child. Also find out how safe the drug is to individuals who do not suffer from autism. If you have small children in the house, you'll want to be sure that the drug is not lethal if it gets into the wrong hands. Find out what to do in case this happens, just to be on the safe side.

Also consider the side effects of the drugs you are considering. While they may be very good at controlling aggression, responsiveness, hyperactivity, or other autistic tendencies, they may also cause sedation or other side effects such as nausea or dizziness. Weigh your options carefully before beginning one of these treatments, or you could find yourself with ten bottles of pills, each taken to counteract the side effects of another. Also remember that medications may have long-term effects. Will you or your child become dependent on the drug? Will you be tolerant? How else will it affect the body over time? These are all important questions to ask your doctor before beginning any medication.

You can research the many studies on these drugs at your local library or on the Internet. Publications such as journals and healthcare magazines are probably most current and most reliable, whereas you may get some altered information on the World Wide Web, so be careful about following advice you find without first consulting your doctor. He or she may also be able to provide you with literature about the medication options available for autistic patients. Do your researching on the many choices before making any decisions, and you'll be able to better control your health.

Thursday, February 2, 2012

Ada Yang Terlepas Pandang!

     Kelmarin hati saya tersentuh dengan  post dari seorang teman di facebook. Kira-kiranya post yang inilah paling favourite for the day sebab  komen dari teman-teman Autisme Malaysia berbaris-baris masuk....ada yang terlebih emosinya, ada yang bersimpati dan pelbagai komen dengan pelbagai nada dan irama. Tidak terkecuali juga saya....dengan niat memberi pandangan berdasarkan pengalaman masa lalu.


    Mungkin saya terlebih simpati padanya dan keluarga disebabkan kami menetap di daerah yang sama iaitu di  Kuala Terengganu.  Permasalahan penempatan anak-anak istimewa bagi mendapatkan pendidikan awal menjadi keperluan penting bagi pasangan yang dianugerahi dengan anak yang sedemikian. Walaupun jumlahnya tidak seramai mana tetapi ia tidak boleh dilepas pandang. Selama 20 tahun saya di daerah ini, maka banyak perkara yang telah saya fahami tentang senario samada yang manis atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan di sini.


Ramai yang terkesima  dengan keindahan Masjid Kristal
Masjid Terapung

Yummy...kepok lekor!

     Kuala Terengganu adalah destinasi pelancongan yang menyediakan banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti Masjid Kristal, Pasar Kedai Payang, Pantai Batu Buruk dan sebagainya. Kemajuan pesat juga
berlaku dengan drastik sejak kebelakangan ini seperti kemudahan infrastruktur serta usaha-usaha pengindahan bandarnya. Memang menakjubkan! Sebut pasal 'makanang' pula.....kepok lekor menjadi igauan dan laksam serta nasi dagang semuanya menjadi sebutan pelancong.


    Malang sekali dalam arus kepesatan pembangunan yang begitu rancak, ada sesuatu sudut yang masih ketinggalan dari aspek yang lain iaitu kurangnya pusat-pusat pendidikan anak-anak istimewa terutamanya yang bermasalah pembelajaran seperti autisma, hyperaktif dan sebagainya. Mungkin ramai yang tidak sedar akan masalah pendidikan insan-insan istimewa ini yang kelihatannya seperti insan normal lain, sedangkan hakikatnya golongan ini amat perlu diberi intervensi seawal mungkin.


    Maka akibatnya ....terkapai-kapailah ibubapa yang mempunyai anak-anak sebegini untuk menempatkan cahayamata istimewa mereka dengan meminta simpati dari satu tempat ke satu tempat asuhan/pendidikan kanak-kanak normal. Siapakah yang harus dipersalahkan agaknya? Sedangkan pusat-pusat tersebut bukanlah channel yang sesuai dan berkepakaran  untuk melatih anak-anak istimewa ini.


Pendidikan Khas di Sek Keb Seri Budiman II

      Setakat ini, hanya Sektor Pendidikan Khas yang banyak diwujudkan di sekolah-sekolah harian biasa untuk menampung permintaan yang kian bertambah dari tahun ke tahun. Alangkah baiknya  jika organisasi tertentu seperti NASOM mahupun pengendali-pengendali  swasta yang lain turut berperanan untuk menawarkan pusat-pusat pendidikan anak-anak berkeperluan khas di Bandaraya Pesisir Air ini. Harus di ingat adik Danial yang memperolehi 9A dalam PMR baru-baru ini adalah dari daerah ini. Maknanya ramai lagi anak istimewa kita yang berkemampuan sekiranya dididik dengan betul...


      Semoga ada pihak yang mendengar keluhan kami ibubapa yang dianugerahi dengan insan istimewa ini.......Kepada teman di facebook berkenaan, percayalah bahawa anda telah menemui suntikan baru untuk lebih bersemangat dalam mendidik amanahNya .....yang pahit itu biasanya ubat atau penawar!


 
   


     

Tuesday, January 31, 2012

Lagi-lagi Tayar........

Nak jadi mekanik! 
               Enam tujuh tahun yang lalu saya ingatkan anak saya minat sangat nak jadi mekanik membaiki kenderaan sebab terlalu 'asyik' memerhati tayar kenderaan permainannya berpusing. Anak-anak lain bermain dengan menunggang ke hulu ke hilir permainan tersebut, tapi Syahmi lain benar reaksinya dimana dia lebih suka memerhatikan sahaja pergerakan tayar kenderaan mainannya.  

                                       
Suka tengok tram bukan menaikinya sebab nak
tengok tayarnya berpusing

Syahmi dengan trolly Atok di kampung!
 
      Pernah suatu ketika, Syahmi menangis-nangis nak bawa balik ke Kuala Terengganu 'trolly' Atok angkat barang berat di kampung. Atok pun tidak memahami  keadaan cucu yang  mempunyai citarasa sebegini!
   

     Kalau kita kurang pengetahuan dalam sesuatu bidang....beginilah jadinya dimana anak saya Syahmi telah didiagnose autisme lewat iaitu ketika  usianya menjangkau 5 tahun. Walaupun Syahmi telah menunjukkan symptom-symptom  autisme semenjak usia 2 tahun lagi. Pengajaran dari kesilapan saya ini,  kita sebagai ibubapa harus lebih peka terhadap perkembangan anak-anak. Jika wujud sesuatu yang berkelainan dari yang biasa, maka haruslah dibawa kepada pihak yang berkepakaran untuk mendapat pengesahan lanjut.


Seperti biasa minatnya masih pada objek bertayar 

     Bila meningkat usianya, minat terhadap tayar kenderaan berpusing kian pudar. Bila ditanya kenapa dulu Syahmi berminat dengat objek berpusing especially tayar kenderaan...jawabnya "entah, tak tahu". Kalau Syahmi tak tahu, ayah berganda-ganda lagi tidak memahami mengapa insan seperti kamu amat 'asyik' dengan tayar berpusing. Hanya insan-insan sepertinya yang mengetahui rahsia Allah ini........


Kini minatnya terhadap tayar berpusing
 tinggal 'sikit-sikit' katanya!

Friday, January 27, 2012

Pesan Ibu Syahmi......



Ada orang panggil ibu, ada pula yang panggil emak dan ada juga yang panggil mama, panggilan ummi pun sedap didengar, semuanya ialah panggilan kita kepada seorang wanita yang melahirkan kita. Ada juga wanita yang tidak melahirkan kita, turut dipanggil ibu, ibu angkat, ibu mertua dan sebagainya. Pokoknya ibu dikedudukan teristimewa di hati kita.

Inilah Ibu Syahmi
Bagi Syahmi, ibu adalah segala-galanya. Kadang-kadang menjadi teman tempat meluahkan rasa, tempat bergurau senda, tempat bermanja udah semestinya. Ibu juga guru tuitionnya. Hingga larut malam guru tuition memujuknya membuat homework yang bertimbun di atas meja. Menjadi ustazah kepadanya ketika beajar mengaji Al Quran. Ibu juga yang mengejutkan tiap pagi untuk ke sekolah. Ibu, ibu dan ibu segalanya.

Suatu ketika,  ibu pernah  bergembira dengan kelahiran baby baru bernama Syahmi, tapi suatu ketika pula ibu juga pernah menangis bila anak ibu Syahmi disahkan anak autisme. Lama kelamaan, tangisan ibu kian lenyap kerana ibu semakin bersemangat untuk membesarkan anak-anak ibu yang keduanya hero Malaya.

Ibu selalu berpesan itu dan ini. Semuanya untuk  masa depan Syahmi. Kadang-kadang Syahmi rasa rimas dengan pelbagai pesanan  ibu. Ada kalanya Syahmi ingat kata-kata ibu, ada kalanya pula kerana kekangan yang ada pada Syahmi, Syahmi boleh terlupa pada pesan ibu. Apa pesan ibu? Pesan ibu, Syahmi bila ke mana-mana sekali pun jangan tunjukkan Syahmi seorang anak autisme. Jangan cakap sorang-sorang, bersabar mengawal tantrum, cuba bertentang mata ke arah orang yang berhadapan dengan kita. Ibu mahu Syahmi tidak menjadi bahan pandangan sinis orang-orang sekeliling. Ibu berazam supaya Syahmi menjadi insan senormal yang mungkin.

Dapatkah Syahmi mengerti dan mengingati pesan ibu ini? Dalam usia 10 tahun kini, Syahmi telah pun dapat memahami tingkah lakunya yang berbeza dari insan normal lain. Dia juga telah memahami mengapa dirinya mempunyai kad pengenalan dari JKM yang melabelkannya sebagai Orang Kelainan Upaya. Semoga kian kamu membesar, kian matang kamu menangani kelainan yang ada pada diri. Ibu kamu tidak akan lupa berpesan selagi nyawa dikandung badan. Inilah antara PESANAN ibu buat Syahmi, maknanya banyak lagilah pesan ibu selain dari yang ini?


   



       
       

Thursday, January 26, 2012

Kejohanan Merentas Desa S.K Seri Budiman II

Syahmi dan Aqeel Azhar rakan sebayanya
    Hari ini 26hb January 2012 jam 8.30 am, Syahmi telah menyertai Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah sejauh 3km. Matlamat saya supaya Syahmi dapat membiasakan diri dengan aktiviti yang melibatkan warga sekolah serta membina tahap kecergasan Syahmi. Sebelum ini Syahmi banyak menghabiskan masa dengan laptopnya di rumah.....tiada senaman dan amat kurang melakukan riadah.


Dimulakan dengan aktiviti regangan
   
     Memang saya agak risau tentang keselamatannnya terutama kesihatannya memandangkan Syahmi bertubuh gempal.  Mungkin acara ini  menjadi kejutan bagi dirinya untuk menyahut cabaran merentas desa sejauh beberapa kilometre....orang dewasa pun 'semput' nak menamatkannya. Tidak percaya? Ayuh kita sama-sama mencubanya....


Perjalanan Menyusuri Taliair
Lagi 200 m ke garisan penamat

      Alhamdulillah....akhirnya sampai juga anak ku ke destinasi walaupun muka dah merah padam dengan cuaca panas. Perjalanan memakan masa kira-kira sejam dengan laluan desa yang menyegarkan. Menyusuri taliair yang diliputi  kiambang dan keladi buntingnya...serta sesekali ikan-ikan haruan meloncat-loncat kegirangan mungkin disebabkan ternampak kelibatnya anak-anak sekolah berlari merentas desa agaknya!

Besar nombor ni Syahmi!

      Setelah penat bermandi peluh di bawah cahaya matahari, Syahmi telah didaftarkan sebagai peserta yang ke 32 sampai ke garisan penamat bagi kategori Lelaki Thn 4 dan dikira telah menyumbangkan 1 mata untuk Rumah Kuning. Tidak sia-sia Syahmi mengeluarkan peluh dalam Kejohanan Merentas Desa 2012....sekurang-kurangnya Syahmi menjadi penyumbang 1 mata kepada kejayaan Rumah Kuning yang menjadi juara bagi acara Merentas Desa pada kali ini.  Syabas! Lain kali kena jogging lebih sikit untuk mengecilkan no 32 yang diperolehi tadi.

Syabas Rumah Kuning!


     
Hadiah kepada yang menang
    Bukan hadiah jadi ukuran, tapi kemahuan dan keazaman kamu untuk menamatkan perlumbaan yang ayah dan ibu banggakan....jika dipanjangkan umur tahun depan Syahmi cuba lagi!

Wednesday, January 25, 2012

Tantrum Si Anak Autistic



Kecil punya hal pun marah, besar punya hal tentunya lagi mengundang kemarahan. Mereka yang sebegini boleh dikategorikan sebagai  'panas baran' namanya. Cepat 'naik angin' tanpa kawalan kerana terlalu mengikut nafsu amarahnya. Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat sebegini. Sebagai umat Islam, berzikir adalah ubat yang mujarab serta amat dianjurkan oleh agama untuk kita amalkan bagi ketenangan hati dan nurani.

Berlainan pula dengan insan autistic yang memang sinonim dengan TANTRUM  dimana luapan kemarahan yang tidak boleh dibendung-bendung sekira kemahuannya tidak dipenuhi mahupun sesuatu yang menjadi kesayangannya dikacauganggu. Reaksi golongan ini  untuk melepaskan tantrumnya ialah seperti menangis, menjerit-jerit, menendang-nendang , menghentak kepala ke dinding walaupun hingga mencederakan mereka. Inilah antara cara untuk mereka meluahan kekecewaan  terutamanya bagi yang masih tidak boleh bertutur untuk meluahkan perasaan mereka.

Screaming Syahmi!

Syahmi juga tidak terkecuali  dalam permasalahan ini. Cuma situasi ini jarang sangat dapat saya rakam kerana biasanya saya suami isteri cuba tidak  akan membiarkan 'adegan' yang paling dielakkan ini untuk ditontoni  terutamanya di khalayak ramai terjadi. Biasalah.... kita sebagai hamba Allah yang lemah ada juga perasaan malu apabila orang ramai memandang keadaan anak kita yang memberi reaksi berlebihan....dan ada kalanya mereka di luar sana yang 'bersoseh-soseh' serta ditambah dengan pandangan 'kejamnya' terhadap anugerahNya ini.

Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana anak saya Syahmi tidak melakukan aksi sehingga mencederakan diri seperti sesetengah anak-anak isimewa kita. Faktor ini mungkin disebabkan Syahmi telah boleh bercakap dan bisa meluahkan perasaan kecewanya melalui kata-kata. Jadi, kaki dan tangan kurang memainkan peranan cuma jeritan, bebelan dan tangisan menjadi senjata untuk mempertahankan diri.


Syahmi sedang beraksi!
Contohnya seperti photo di atas dimana saya sempat merakamkannya di sekolah ketika sambutan Hariraya Aidil Fitri tahun 2011. Syahmi kurang berpuashati kerana tidak dapat pulang ke rumah awal seperti kebanyakan murid kelas lain yang telah pulang ke rumah masing-masing  walaupun loceng akhir belum dibunyikan. Sedangkan, guru kelasnya ketika itu tidak membenarkan  murid-muridnya pulang awal dari biasa dan kena menunggu hingga loceng berbunyi.


Dalam cuaca yang panas serta berbaju Melayu berkancing hingga ke leher, memang menyumbang kepada tantrum terhadap anak ku Syahmi! Inilah adegan yang dapat dilihat, tapi cepat reda setelah dipujuk, tengok pula gambar yang seterusnya. Siap dengan isyarat tangan 'thumbs down' lagi. Maknanya kecewa yang teramat sangatlah tu, belum kecewa bercinta lagi? hehehe...

Thumbs down!

Begitulah Syahmi sama seperti anak-anak autistic yang lain, tantrum tetap ada walaupun dalam kebanyakan hal Syahmi telah mula menampakkan perubahan yang lebih baik. Cuma tantrumnya akan cepat reda sekiranya betul dengan cara kita menanganinya. Semoga  masyarakat sekeliling faham mengapakah tantrum berlaku di kalangan anak-anak autistic. Fahamilah mereka wahai abang, kakak, sepupu, kawan, guru dan insan-insan lain yang berada di persekitaran mereka.

Jangan lupa pulak ya...TANTRUM ITU BERBEZA DENGAN MELTDOWN. Keadaan Syahmi di atas boleh dikategorikan dalam tantrum bukan meltdown. Tantrum si autistic jika tidak dikawal, akan cuba memanipulasi kita ibubapanya supaya menurut kemahuannya dalam apa jua keadaan. Jadi, ibubapa kena bijak menanganinya...
 


   

Monday, January 23, 2012

Chinese New Year at Tasik Kenyir


Anak naga tersesat di Tasik Kenyir....

        Sekolah ditutup agak lama untuk perayaan Tahun Baru Cina...dan kesempatan ini kami ambil untuk berjalan-jalan ke Tasik Kenyir yang dikira lebih tenang untuk dikunjungi. Di serata tempat di bandar Kuala Terengganu sudah tidak aman lagi bagi penduduk tempatan untuk berjalan-jalan kerana kesibukan kenderaan luar yang datang bercuti ke sini mahupun anak perantau yang balik ke kampung untuk menghabiskan cuti Tahun Baru Cina.


Jelingan manja dari Tasik Kenyir

        Perjalanan memakan masa kira-kira sejam sahaja dari bandar Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir. Cuaca terang benderang mengizinkan perjalanan yang lebih lancar. Jalanraya ke daerah Hulu Terengganu telah banyak berubah dengan pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur. Walaupun belum siap sepenuhnya, tapi jelas sekali perubahan terhadap landskap daerah 'jin bertendang' seperti yang digembar-gemburkan dulu bertukar kepada arus pembangunan yang lebih terancang. Syabas rakyat Hulu Terengganu....jangan malu lagi nak mengaku anda orang Kuala Berang!


Kuala Berang udah maju....

Jetty Pengkalan Gawi
        Sesampai di sana memang ramai pelancong yang datang dari jauh dan dekat. Tapi keadaannya tidaklah  bersesak-sesak seperti di bandar Kuala Terengganu. Masih ada tempat untuk meletakkan kenderaan dengan selamat. Pemandangan sekitar sangat cantik dan sejuk mata memandang. Jetty Pengkalan Gawi menunggu  pelancong yang memilih untuk menyusuri Tasik Kenyir dengan perkhidmatan boat yang disediakan. Syahmi tidak takut-takut lagi seperti suatu ketika dulu untuk menaiki boat berkapasiti 8-10 penumpang untuk menyusuri tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu.


Boating Di Tasik Kenyir
Pemandangan Indah Di Tasik Kenyir
        Menyusuri air yang berkedalaman kira-kira 2 kali ketinggian pokok kelapa memang menggerunkan kami tetapi tetap yakin akan jaket keselamatan yang dipakai dan berdoa agar kesemua penumpang selamat sampai ke destinasi. Pemandangan menarik dengan kocakan air dek kerana kelajuan boat amat menyenangkan hati. Perjalanan selama 30 minit terasa seperti sebentar sahaja. Lain kali Syahmi nak pergi lagi katanya. Syahmi nampak bersahaja ketika menyusuri Tasik Kenyir, tidak seperti ketika menaiki kereta kabel di Langkawi Geo Park di mana degupan jantungnya seperti atlet yang berlari di balapan.

Syahmi Di Gigi Air Tasik Kenyir

Bersahaja menyusuri Tasik Kenyir dengan boat....

         Berjalan-jalan sambil memberi pengalaman kepada anak kami Syahmi, supaya dapat memantapkan self confident yang ada pada dirinya. Lagi pun cuti-cuti begini, kalau diisi dengan aktiviti bersama keluarga seperti ini memang menyeronokkan. Lain kali kalau ada masa terluang kita pergi ke tempat lain pulak....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...