Kelmarin hati saya tersentuh dengan post dari seorang teman di facebook. Kira-kiranya post yang inilah paling favourite for the day sebab komen dari teman-teman Autisme Malaysia berbaris-baris masuk....ada yang terlebih emosinya, ada yang bersimpati dan pelbagai komen dengan pelbagai nada dan irama. Tidak terkecuali juga saya....dengan niat memberi pandangan berdasarkan pengalaman masa lalu.
Mungkin saya terlebih simpati padanya dan keluarga disebabkan kami menetap di daerah yang sama iaitu di Kuala Terengganu. Permasalahan penempatan anak-anak istimewa bagi mendapatkan pendidikan awal menjadi keperluan penting bagi pasangan yang dianugerahi dengan anak yang sedemikian. Walaupun jumlahnya tidak seramai mana tetapi ia tidak boleh dilepas pandang. Selama 20 tahun saya di daerah ini, maka banyak perkara yang telah saya fahami tentang senario samada yang manis atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan di sini.
Kuala Terengganu adalah destinasi pelancongan yang menyediakan banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti Masjid Kristal, Pasar Kedai Payang, Pantai Batu Buruk dan sebagainya. Kemajuan pesat juga
berlaku dengan drastik sejak kebelakangan ini seperti kemudahan infrastruktur serta usaha-usaha pengindahan bandarnya. Memang menakjubkan! Sebut pasal 'makanang' pula.....kepok lekor menjadi igauan dan laksam serta nasi dagang semuanya menjadi sebutan pelancong.
Malang sekali dalam arus kepesatan pembangunan yang begitu rancak, ada sesuatu sudut yang masih ketinggalan dari aspek yang lain iaitu kurangnya pusat-pusat pendidikan anak-anak istimewa terutamanya yang bermasalah pembelajaran seperti autisma, hyperaktif dan sebagainya. Mungkin ramai yang tidak sedar akan masalah pendidikan insan-insan istimewa ini yang kelihatannya seperti insan normal lain, sedangkan hakikatnya golongan ini amat perlu diberi intervensi seawal mungkin.
Maka akibatnya ....terkapai-kapailah ibubapa yang mempunyai anak-anak sebegini untuk menempatkan cahayamata istimewa mereka dengan meminta simpati dari satu tempat ke satu tempat asuhan/pendidikan kanak-kanak normal. Siapakah yang harus dipersalahkan agaknya? Sedangkan pusat-pusat tersebut bukanlah channel yang sesuai dan berkepakaran untuk melatih anak-anak istimewa ini.
Setakat ini, hanya Sektor Pendidikan Khas yang banyak diwujudkan di sekolah-sekolah harian biasa untuk menampung permintaan yang kian bertambah dari tahun ke tahun. Alangkah baiknya jika organisasi tertentu seperti NASOM mahupun pengendali-pengendali swasta yang lain turut berperanan untuk menawarkan pusat-pusat pendidikan anak-anak berkeperluan khas di Bandaraya Pesisir Air ini. Harus di ingat adik Danial yang memperolehi 9A dalam PMR baru-baru ini adalah dari daerah ini. Maknanya ramai lagi anak istimewa kita yang berkemampuan sekiranya dididik dengan betul...
Semoga ada pihak yang mendengar keluhan kami ibubapa yang dianugerahi dengan insan istimewa ini.......Kepada teman di facebook berkenaan, percayalah bahawa anda telah menemui suntikan baru untuk lebih bersemangat dalam mendidik amanahNya .....yang pahit itu biasanya ubat atau penawar!

Ramai yang terkesima dengan keindahan Masjid Kristal |
Masjid Terapung |
Yummy...kepok lekor! |

Pendidikan Khas di Sek Keb Seri Budiman II |
Setakat ini, hanya Sektor Pendidikan Khas yang banyak diwujudkan di sekolah-sekolah harian biasa untuk menampung permintaan yang kian bertambah dari tahun ke tahun. Alangkah baiknya jika organisasi tertentu seperti NASOM mahupun pengendali-pengendali swasta yang lain turut berperanan untuk menawarkan pusat-pusat pendidikan anak-anak berkeperluan khas di Bandaraya Pesisir Air ini. Harus di ingat adik Danial yang memperolehi 9A dalam PMR baru-baru ini adalah dari daerah ini. Maknanya ramai lagi anak istimewa kita yang berkemampuan sekiranya dididik dengan betul...
Semoga ada pihak yang mendengar keluhan kami ibubapa yang dianugerahi dengan insan istimewa ini.......Kepada teman di facebook berkenaan, percayalah bahawa anda telah menemui suntikan baru untuk lebih bersemangat dalam mendidik amanahNya .....yang pahit itu biasanya ubat atau penawar!
5 comments:
Saya tak pernah sampai trgnu..entah bilala nak kesana..teringin juga :)
you are welcome....
kerajaan perlu main kan peranan yg lebih aktif...contoh.. sediakan premis utk ngo yg berminat utk mengelola/mentadbir pusat asuhan kanak2 ni..saya ader ckp ngan salah sorang staff nasom,katenye susah utk dapatkan premis and sukarelawan...
Berhasrat sungguh nak wujudkan pusat pendidikan untuk anak2 istimewa..BILA?...
sesuatu usaha yg tidak melibatkan keuntungan mmg susah nak diperjuangkan..
Post a Comment