اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, February 8, 2014

Merentas Desa SKSB II 2014 (6hb Feb 2014)



Dimulakan dengan sesi memanaskan badan......

Santai bersama rakan-rakan sementara menunggu acara dimulakan......


Masih mampu tersenyum kerana masih bertenaga.....

Perjalanan bermula......


Sampai jua akhirnya di garisan penamat....mendaftarkan nama dalam keadaan
kepenatan yang tidak terucap.....hingga terjelepok!


                Jauh sekali menjadi juara, bukan juga naib juara, atau tempat ke tiga, namun saya bangga kerana Syahmi telah berjaya menamatkan acara yang jaraknya kira-kira 4.3km. Syahmi juga mampu memberi 1 mata kepada Rumah Kuning (Hang Lekir) untuk meraih tempat ke 2 dalam persaingan antara rumah.

           
                 Tahun depan, tiada  lagi kelibat Syahmi di Sekolah Keb.Seri Budiman II. Syahmi akan naik ke Tingkatan 1 dengan suasana yang berlainan. Mungkinkah Syahmi akan menemui lagi kelompok guru-guru dan rakan-rakan yang memahami kekurangan yang ada padanya? Hanya Dia yang maha mengetahui segalanya. Kita hanya mampu berdoa, semoga perjalanan kamu dipermudahkan-Nya.....aamiin

                         
             


             


             

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...