Balik kampung adalah fenomena biasa bagi kami sekeluarga sebab ayah telah 18 tahun di Kuala Terengganu bekerja mencari rezeki.....Malahan Syahmi juga dilahirkan di sini dan memegang title "anak Terengganu" bumi bertuah dengan limpahan minyaknya....Sedangkan hakikatnya kami berasal dari Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan yang terletak kira-kira 350km dari Kuala Terengganu. Jauh tu jaraknya kalau memandu....lenguh badan dibuatnya sebab perjalanan yang mengambil masa kira-kira 6 jam tanpa henti.
Opah dalam usia 79 tahun... tapi masih bersemangat untuk membuat lemang sambil dibantu oleh ayah, ibu dan aunty juga uncle di kampung...Syahmi pun tidak ketinggalan....membantu tapi ada kalanya jadi "Pak Sibuk". Pengalaman yang amat menggembirakan dan adventure sikit sebab bermain dengan kehangatan bara api yang agak lama iaitu kira-kira 3 jam untuk menghasilkan lemang yang cun rasanya...
Hasilnya memang menjilat jari ....berbeda sekali jika dibandingkan dengan lemang-lemang yang dijual di tepi-tepi jalan...Sudahlah harganya mahal iaitu RM13 sebatang.....rasanya belum pasti selazat lemang Opah kesayangan kami...
Balik kampung memang menyeronokkan sebab dapat bertemu saudara mara....tapi bila masa nak berangkat balik semula ke Kuala Terengganu....inilah ketika yang amat menyedihkan. Kesian Tok dan Opah yang ditinggalkan berdua di kampung dan kami sekeluarga berjanji akan sering balik untuk menziarahi keduanya yang telah uzur....Air tangan Opah memang tiada bandingannya even dengan chef-chef yang ternama....Jumpa lagi ya....Tok dan Opah we love you......







0 comments:
Post a Comment