Lemah dan amat terkilan rasanya bila mendapat tahu seorang sahabat telah kehilangan anak kesayangannya seorang insan istimewa autisme. Dalam usianya 20an beliau telah pergi meninggalkan keluarganya secara tiba-tiba menemui penciptanya. Maka tinggallah semua termasuk si ibu yang amat menyayanginya.....sepenuh hati tiada bandingannya.
Di mana hendak dicari kekuatan dalam menempuhi saat-saat seperti ini? Saya sangat respect dengan sahabat ini kerana boleh bangun dari rasa sedihnya atas kehilangan seorang yang dianggap seperti buah hatinya. Walau di hati tiada siap yang tahu, namun keupayaannya berinteraksi di laman sosial untuk berkongsi saat-saat pemergian si buah hati amat mengagumkan saya. Yang pergi tetap pergi, malah semakin jauh meninggalkan kita yang tinggal di dunia.....sedangkan kita yang masih bernafas di dunia ini semakin dekat dengan panggilan-Nya. Itu hakikat yang tidak boleh kita elakkan.....
Bagaimana pula jika kita ibubapanya yang dijemput Ilahi terlebih dahulu? Ke mana anak syurga kita akan ditempatkan. Inilah persoalan yang sering menghantui pemikiran ibubapa kepada anak-anak syurga ini. Bagi yang ada adik beradik, mungkin harapan boleh disandarkan kepada adik beradiknya, itu pun belum boleh dijamin sepenuhnya. Jadi bagaimana agaknya jalan penyelesaiannya?
Kebimbangan ini menyebabkan ramai ibubapa pada anak-anak istimewa autisme yang bertungkus lumus serta berhabis-habisan berikhtiar untuk membebaskan anak masing-masing supaya menjadi insan 'senormal' mungkin yang boleh menguruskan diri sekurang-kurangnya. Itulah harapan ayah bonda agar mereka boleh berdikari suatu ketika nanti. Namun harapan masih tetap ada........tiada yang mustahil bagi anak autisme. Harus diingat bahawa ada antara mereka yang boleh belajar hingga ke menara gading. Merekalah sumber inspirasi kita semua!
Percayalah pada janji Tuhan keatas hambaNya kerana sesunggunya Dia tidak akan memungkiri segala janji-janji-Nya.....kita sebagai ibubapa hanya mampu berusaha yang terbaik untuk anak-anak anugerahNya ini. Tawakkal kepada-Nya.....pasti ada jalan terbaik buat mereka penghuni syurga ini nanti. InsyaAllah.....Sesungguhnya kehadiran mereka telah membuat kami ibubapanya lebih menyerlahkan kekuatan diri!
Buat arwah Jai (Kak Ani Alfio Raldo), pastinya tempat terbaik menunggu mu di sana...al fatihah.
Semua kita akan ke sana! |

0 comments:
Post a Comment