Guru Dulu........Guru Sekarang
La ni................. .cikgu lulus universiti, paling tidak Tingkatan Enam
Zaman dulu.........cikgu makan gaji ratusan ringgit berkorban diri.
La ni .................. cikgu makan gaji plus bonus juga insentif.
Zaman dulu.........cikgu pegang rotan ke sana ke mari.
La ni................ cikgu jinjing laptop sana sini.
Zaman dulu.........cikgu berbasikal ke sekolah.
La ni ............... cikgu berebut parking kereta pulak dah.
Zaman dulu.........cikgu berselendang ikat di tengkuk.
La ni.................. cikgu memilih bertudung litup.
Zaman dulu.........cikgu ditakuti murid
La ni................... cikgu pulak takutkan murid.
Zaman dulu........ cikgu balik rumah, matahari terpacak atas kepala.
La ni.................. cikgu balik rumah, matahari dah terbenam tak nampak
cahaya.
Zaman dulu....... .cikgu rotan, mak bapak pasrah.
La ni.................. cikgu rotan, mak bapak marah.
Zaman dulu........ cikgu mengajar di depan, murid mendengar di belakang.
La ni.................. cikgu mengajar di depan, murid tubik ikut pintu belakang.
Zaman dulu........ cikgu amat dihormati dan disanjung tinggi.
La ni.................. cikgu zaman ICT, kena lebih berhati-hati kerana ramai yg
jadi pemerhati....
SELAMAT HARI GURU |
2 comments:
thank you
sebenarnya guru skrg besar cabarannya dgn berhadapan ibubapa yg kebanyakannya berpengetahuan.....disamping memikul amanah utk membentuk generasi masa depan.....terima kasih semua yg bergelar guru!
Post a Comment