اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, November 13, 2012

Autisme: 4 Permasalahan Pertuturan Yang Utama


Tanpa disedari bahawa 'Latah' juga merupakan Ekolalia dimana ianya berlaku di kalangan bangsa-bangsa tertentu di Asia Tenggara. Namun di kalangan mereka yang mengalami Autisme, Ekolalia merupakan antara masalah pertuturan yang kerap berlaku. Permasalahan pertuturan di kalangan Autisme boleh dibahagikan kepada 4 bahagian yang utama iaitu:


1.    EKOLALIA

Eko bermakna berulang-ulang, dimana inilah masalah yang jelas berlaku di kalangan golongan ini secara automatik tanpa niat untuk bercakap. Terdapat 3 jenis ekolalia, EKOLALIA SERTA MERTA (immediate echolalia) iaitu pengulangan yang tepat dan serta-merta berlaku, EKOLALIA LEWAT (delayed echolalia) iaitu pengulangan percakapan yang agak lewat selepas perkataan disebut, EKOLALIA RINGAN (mitigated echolalia) dimana pengulangan dalam kadar segera tetapi terdapat sedikit perubahan apa yang dituturkannya.

Parroting......               

2.   MASALAH KATA GANTI NAMA

Perkataan ganti nama sering menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang mengalami autisme untuk menyesuaikannya dengan konteks ayat. Contohnya membezakan perkataan 'kami', 'mereka', 'kita' menurut konteks ayat yang betul.


Aku....dia....kamu....awak ...dalam pelbagai situasi
 boleh mengelirukan kanak-kanak autisme

3.   NONSEGMENTAL PHONOLOGY

Lemah menghasilkan pertuturan yang Nonsegmental Phonology atau dikenali juga sebagai prosodi. Antara kelainan prosodi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme iaitu membunyikan irama yang stereotype atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjang-panjangkan secara berlebihan disamping mengeluarkan bunyi vokal yang berubah-ubah turun naiknya tidak seperti biasa. Gaya pertuturan juga secara monotonus serta dengan nada suara yang terhad. Tiada menunjukkan perbezaan intonasi dalam percakapan.


Membunyikan irama yang stereotype....

4.   BAHASA IDIOSINKRATIK

Kanak-kanak autisme mempunyai bahasa tersendiri dengan maksud perkataan dan frasa yang unik dan sukar difahami oleh orang lain. Bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil serta kekurangan dalam kefahaman. Mereka juga cenderung mengingati perkataan yang mereka belajar buat pertama kalinya tapi gagal mengaplikasinya ke situasi yang baru.


'Mungkin' inilah bahasa idiosinkratik yang dimaksudkan.........

Sebagai ibubapa, jangan putus asa apabila berhadapan dengan permasalahan bahasa anak autisme kita kerana masih ada jalan untuk mengatasi kekurangan ini samada dengan bantuan pihak yang berkepakaran juga peranan keluarga terdekat untuk memperbetulkan sedikit demi sedikit kekurangan ini.


Ayuh! cepat bertindak, kerana di usia awal kanak-kanak adalah masa yang paling berharga untuk menampakkan keberhasilan bagi meminimakan kekurangan yang ada pada anak syurga kita....InsyaAllah....




                          

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...