Yang di kiri atau di kanan? |
Kali ini jangan pusing-pusing tentang post ini. Hanya bertujuan berkongsi maklumat yang membuat kita berteka-teki. Kebenarannya.... saya pun kurang pasti. Cuma banyak blog-blog dari 'rekan' di Indonesia yang mengutarakannya. Mentelahkan informasi kini hanya di hujung jari ......ayuh kita sama-sama amati jari masing-masing terlebih dahulu.
Menurut blog-blog tersebut, untuk mengetahui penyakit juga boleh dilihat melalui jari tangan kita. Banyak penelitian dibuat oleh pihak-pihak tertentu tentang kaedah ini seperti British Journal Of Cancer yang mendapati bahawa ukuran jari telunjuk yang panjang mengurangkan risiko cancer prostat. Teori yang menyokong fakta tersebut, disebabkan panjang jari jemari kita ditentukan semenjak janin lagi di mana hormon testosteron (lelaki) mempengaruhi jari manis sementara hormon estrogen (wanita) mempengaruhi jari telunjuk seseorang.
Antara penyakit yang mungkin timbul dari situasi dimana JARI MANIS LEBIH PANJANG DARI JARI TELUNJUK adalah:
1. OSTEOARTHRITIS - Penelitian dari Universiti Nottingham yang mengukur jari 2000
orang responden mendapati golongan ini menghadapi 2 kali ganda risiko
mendapat penyakit osteoarthritis di bahagian lutut.
2. ANOREKSIA - Menurut Ahli Biologi John Manning, golongan ini juga ramai yang
mengalamai penyakit anoreksia dimana ia melibatkan gangguan pola
pemakanan penderitanya.
3. FLU - Manning juga membuat penelitian terhadap 200 orang di Liverpool
yang mendapati bahawa golongan ini mudah terkena flu kerana hormon
testosteronmempengaruhi sistem immune badan yang menyebabkan
seseorang itu lebih mudah terkena infeksi.
4. AUTISME - Golongan ini juga sangat berisiko untuk gangguan autisme atau
ADHA. Malangnya tidak diperhalusi kenapa dan mengapa.
Namun terdapat juga berita gembira bagi golongan berjari manis lebih panjang dari telunjuk kerana cenderung tidak merokok. Ini disebabkan hormon testosteron berkaitan rapat dengan kumpulan manusia 'ekstrovert'. Manakala kebiasaan merokok adalah dari kumpulan manusia 'introvert' menurut Manning lagi.
Antara penyakit yang mungkin timbul dari situasi dimana JARI TELUNJUK LEBIH PANJANG DARI JARI MANIS adalah:
1. KANSER PAYUDARA/SERVIKS - Risiko kepada penyakit ini terhadap
penghidapnya yang berusia 35-75 tahun biasanya memiliki jari telunjuk lebih
panjnag dari jari manis. Ia dikaitkan dengan hormon estrogen yang diketahui
berhubung rapat dengan kanser payudara.
2. PENYAKIT JANTUNG - Menurut Manning, semakin panjang ukuran jari
manis maka makin kuranglah risiko terkena serangan jantung di usia muda.
Ia juga berpendapat hormon testosteron sangat bermanafaat untuk
melindungi jantung.
3. BULIMIA - Wanita adalah lebih cenderung dengan jenis penyakit ini kerana
ia berhubung dengan hormon estrogen. Selain dari itu penyakit asma dan
allergi juga berisiko terhadap golongan ini.
Walaupun ketepatan fakta diberi ada pro dan kontranya, sekurang-kurangnya saya dapat ilmu bahawa jari jemari manusia mempunyai kedudukan panjang dan pendik antaranya berlainan sesama kita. Begitulah kehebatan Dia yang maha Esa. Lupakan cerita tentang jari anda, jagalah pemakanan kerana itulah kunci utama kesihatan kita. Wallah'ualam.......
Piramid Makanan ..... penyelesaian kepada kebanyakan penyakit |
0 comments:
Post a Comment