Penyapu /Broom |
Bukan kurang ajar! Tapi kali ini izinkan saya nak bercerita tentang penyapu. Orang Melayu sangat sensitif bila disebut pasal penyapu. Di rumah orang kita, penyapu akan disimpan jauh dari pandangan tetamu....biasanya belakang pintu. Penyapu dianggap sial dan hanya sesuai untuk memukul pencuri masuk ke rumah aje katanya. Wallahualam.......hanya Dia yang lebih mengetahui atas segala kejadianNya....
Pepatah Inggeris ada menyatakan "A New Broom Sweeps Clean". Kiasannya bermaksud, seseorang yang baru menjawat sesuatu jawatan akan bersungguh-sungguh dalam tugasannya bagi membuktikan keupayaan diri.
"A New Broom Sweeps Clean" |
Sebagai Pengawas baru di sekolahnya, Syahmi sangat senang dengan uniform barunya. Tercapai juga impiannya walau selama ini hanya 'menelan air liur' bila melihat rakan-rakan lain berpenampilan segak begini...... Pakaian segak, prestasi kerja juga mesti baik. Semoga guru-gurunya dapat membantu Syahmi dalam memikul tanggungjawab ini.
Bangga tapi tetap berdebar dengan tanggungjawabnya! |
Hari pertama persekolahan Syahmi mula mengeluh kerana waktu rehat yang terhad disebabkan tugasan barunya mengawal murid-murid beratur untuk membeli makanan di kantin. Kalau dulu Syahmi sangat enjoy dengan makanan pelbagai pilihan seperti Nasi Ayam, Laksa, Keropok Lekor dan sebagainya. Namun kali ini kena makan dalam masa yang singkat. Tiada lagi 30 minit penuh untuk waktu makan-makan kerana perlu menjalankan tugas baru.
Tugas kena didulukan....makan kemudian.....hehehe |
Syahmi mesti berusaha untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru yang tentunya lebih mencabar. Jangan sia-siakan harapan pihak yang telah memberi kepercayaan. Banyak pihak melahirkan rasa bangga dengan pencapaian anak ini. Apatah lagi bagi kami ibubapanya. Terima kasih pada pihak sekolah yang membuka ruang kepada anak istimewa sepertinya untuk dicungkil potensi diri yang sebenar.
Sukanya dia........ |
Diharapkan Syahmi dapat menjalankan tugas dengan baik. Tingkatkan mutu kerja dari hari ke hari, 'jangan hangat-hangat tahi ayam'. Percaya pada keupayaan diri, anak-anak Pendidikan Khas juga ada yang berkemampuan jika diberi peluang. Semoga ramai lagi anak-anak kita yang berpeluang sepertinya....aamiin....
2 comments:
You CAN do it Syahmi. We are very proud of you. The responsibilities & experience as a prefect will help to prepare you for bigger challenges ahead. All the best
In Sha Allah...
Post a Comment