Para ulama ada menceritakan bahawa jika seseorang manusia yang kian menghampiri saat kematiannya maka tanda-tanda yang nampak oleh kita pada anggota badannya iaitu keadaan 'telinganya yang layu' juga 'jatuh hidungnya'.
Bagaimana pula dengan petanda awal anggota badan seseorang bertindakbalas dengan masalah kesihatan tertentu? Namun fakta ini tidak terbukti sejauh mana kebenarannya kerana saya memperolehinya hanya melalui pembacaan di laman-laman tertentu di internet. Kesahihannya? Tanyalah pada Tuan/Puan Doktor......
Tanya sama doktor! |
1) BIBIR, yang dikatakan berkaitan dengan fungsi
penghadaman
- Bibir yang pucat - sistem penghadaman yang lemah,
perut mengandungi angin
- Bibir yang pecah - perut mengandungi banyak
bahan toksin
2) MULUT dan LIDAH, yang dikatakan berkaitan
dengan jantung dan peredaran darah
- Lidah atau gusi bengkak, sakit - jantung bermasalah
seperti lemak berlebihan
- Lidah atau tisu mulut pecah(ulser) - menandakan
darah mengandungi asid berlebihan
- Mulut berbau - penyeimbangan fungsi perut untuk
penyingkiran toksin
3) TELINGA yang dikatakan berkaitan dengan
buah pinggang
- Telinga tersumbat - buah pinggang yang
mengandungi toksin berlebihan
- Telinga berdengung- sedang merawat
buah pinggang yang lemah
4) KULIT
- Peluh masin - badan mengandungi asid urik
berlebihan
- Peluh berbau - badan menyingkirkan toksin melalui
perpeluhan
- Ruam dan Bisul - badan menyingkirkan toksin yang
berlemak dan tidak larut dalam air
- Kulit gatal dan ruam - penyingkirin toksin melalui
kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang
mengandungi bahan kimia
5) MATA yang dikaitkan dengan masalah hati
- Mata menjadi merah - menandakan paras
toksinyang tinggi dan badan sedang
menyingkirkan toksin berkenaan
- Mata menjadi kabur - sering berlaku di waktu
pagi menandakan proses penyeimbangan
hati
- Mata bertahi - fungsi hati lemah, proses
pembuangan toksin berlaku serta
menunjukkan badan mengandungi
asid berlebihan
- Keluar air mata - gangguan emosi atau
bebanan kerja
6) HIDUNG yang dikaitkan pula dengan
permasalahn paru-paru dan kerongkong
- Selsema memberi maksud penyingkiran toksin
di bahagian kerongkong jika diikuti dengan
demam bermakna badan juga mengandungi
lebihan asid
- Hidung menjadi sebu iaitu proses penyeimbangan
alahan
- Bersin menyingkirkan bendasing atau menyeimbangkan
alahan
7) AIR KENCING DAN NAJIS
- Kencing berwarna kuning pekat -menandakan
tubuh kekurangan air
- Kencing berwarna kemerah-merahan - memberi
makna terdapat jangkitan pada pundi kencing
- Kencing berdarah bermakna sakit batu karang
kegagalan buah pinggang
- Najis berdarah - mengalamai masalah usus seperti
usus luka mahupun penyakit yang lebuh serius
seperti kanser
- Cirit-birit bermakna keracunan makanan
- Sembelit pula bermakna proses pembuangan
toksin dari usus kecil
8) SENDI-SENDI TANGAN DAN KAKI
Sendi sakit
- rasa panas menunjukkan luka di bahagian sendi
berkenaan atau tanda-tanda gout
- tidak rasa panas menandakan rheumatisme
Kebas tangan
- Pengaliran darah di bahagian atas badan
tidak lancar
Kebas kaki
- Pengaliran darah di bahagian bawah badan
tidak lancar
- Jika kebas di kiri tangan dan lengan
berlarutan menunjukkan masalah jantung
- Sakit tapak kaki menunjukkan buah pinggang
bermasalah. Boleh juga disebabkan kurangnya
bersenam atau duduk terlalu lama
- Sakit tumit kaki menunjukkan lemah fungsi
alat kelamin
Sesiapa juga boleh menyuarakan pendapatnya, mungkin berdasarkan pengalaman masing-masing mahupun dari cakap-cakap mereka yang lebih dahulu makan garam. Namun kesahihan fakta-fakta di atas perlulah disahkan oleh mereka yang lebih arif dalam bidang perubatan. Sebaik-baiknya lakukan pemeriksaan berkala supaya sebarang masalah kesihatan dapat dihidu lebih awal.
0 comments:
Post a Comment