5:10 PM
Hina sangatkah Pendidikan Khas? Mungkin bagi yang tidak mempunyai anak istimewa, mereka merasakan Pendidikan Khas adalah institusi buat anak-anak yang tiada harapan lagi untuk menjadi manusia cemerlang. Tapi bagi kami ibubapa anak-anak istimewa, inilah antara institusi yang diletakkan harapan tinggi untuk membentuk anak-anak kami menjadi insan yang berguna.
Seperti anak-anak istimewa yang lain, Syahmi juga pernah melalui saat-saat menjadi murid di Pra PPKIBP, penuh dengan kasih sayang, dilimpahi perhatian oleh guru-gurunya, bergembira dengan aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan anak istimewa serta berusaha meningkatkan suasana pembelajaran sebenar bagi persediaan ke alam persekolahan di tahun hadapannya.
Inilah antara rentetan pengalaman Syahmi di Pendidikan Khas, walau hanya setahun di sana namun besar kesannya terhadap pendidikan anak ini. Bermula dengan tangisan yang tiada hentinya setiap kali masuk ke kelas di awal-awal persekolahannya, hinggalah keluar melangkah kaki dengan pengharapan untuk digandingkan bersama-sama dengan murid tipikal di aliran perdana sebagai pelajar inklusif.
|
Penampilan pertama Syahmi (kanan sekali) di pentas
semasa Hari Guru (2008) |
|
Menyertai rombongan ke Taman Burung, Ajil, Kuala Berang |
|
Syahmi dan Falah pernah menjadi rakan karib semasa di Pra PPKIBP |
|
Ada yang Down Syndrome dan ada yang Autisme, namun mereka
tetap anak-anak istimewa |
|
Majlis Harijadi Anak-Anak Pra PPKIBP |
|
Bersama guru kesayangan Cikgu Rosma Jasni |
|
Rakan-rakan se kelas hanya 5 orang tapi sudah cukup
untuk menguji kesabaran gurunya, Cikgu Rosma juga Pembantu Cik Fazima |
|
Syahmi di Hari Anugerah Kecemerlangan 2008 |
|
Akhirnya berjaya menjadi 'graduan'
dari Pra PPKIBP (2008) |
0 comments:
Post a Comment