Minggu depan bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi murid-murid sekolah rendah di Terengganu. Syahmi akan menghadapi peperiksaan bagi semua matapelajaran, tiada yang terkecuali termasuk Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Pendidikan Sivik dan lain-lainnya. Sangat padat hingga mencabar kesabaran kita ibubapanya untuk bersama-sama turun padang mengajak si anak mengulangkaji pelajaran.
Seminggu Memerah Otak Si Anak |
Hari ini Jumaat, 10hb Mei 2013. Saya memulakan ulangkaji pelajaran dengan Syahmi di awal pagi yang mulia ini dengan Kertas Pendidikan Islam (hari Ahad nanti, ada peperiksaan Pendidikan Islam). Belek punya belek mukasurat buku teks Tahun Lima, saya berbincang dengan si anak tentang nama Allah Al- Subur yang bermakna Allah SWT Maha Sabar dan tidak terburu-buru.
Maka terpandanglah mukasurat 19, bercerita tentang kisah pengemis Yahudi yang buta dan sering memfitnah serta menghasut orang ramai memulaukan Nabi Muhammad SAW. Sedangkan tanpa disedarinya bahawa Rasulullah yang menyuapkan makanan kepadanya setiap pagi hinggalah kewafatan-Nya. Namun kesudahan cerita ini, Si pengemis Yahudi memeluk Islam kerana insaf apabila dikhabarkan oleh Saidina Abu Bakar bahawa orang yang menyuapkan makanan kepadanya selama ini ialah Baginda Rasulullah SAW. Si pengemis ini juga dapat membezakan suapan makanan dari manusia yang bergelar kekasih Allah dengan suapan oleh Saidina Abu Bakar. Maka menangislah si pengemis dek kerana kesombongannya selama ini dengan menaburkan fitnah terhadap insan yang semulia Nabi Muhammad SAW.
Speechless...... |
Di manakah agaknya tahap kesabaran kita sebagai hamba-Nya?
Kerdilnya aku dibanding dengan-Mu wahai 'Kekasih Allah'!
0 comments:
Post a Comment