اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, August 25, 2014

Cacat Juga Cantik...Lesung Pipit



Lekukan kecil di kedua belah pipi dipanggil Lesung Pipit oleh masyarakat Melayu. Tanpa disedari, kejadian ini dikatakan berlaku akibat dari sedikit 'kecacatan' di bahagian otot di muka.


Merah - Otot utama zygomaticus
             
Kelazimannya wujud di kedua-dua belah pipi indivdu. Jarang-jarang sekali ianya wujud hanya di sebelah bahagian pipi sahaja. Ia disebabkan oleh otot utama zygomaticus di bahagian muka yang lebih pendek dari biasa. Oleh itu apabila si empunya diri tersenyum, maka otot di bahagian tersebut akan tertarik ke atas lalu menghasilkan lekukan yang dipanggil Lesung Pipit.
               
Lesung Pipit

Kebanyakan masyarakat Asia, negara-negara Barat juga menganggap bahawa Lesung Pipit mampu menarik perhatian orang lain. Namun bukan semua manusia dilahirkan dengan Lesung Pipit. Ia dipengaruhi oleh faktor keturunan.  Tidak kisahlah sekiranya ramai antara mereka melakukan pembedahan hanya untuk mengadakan Lesung Pipit buatan bagi membentuk wajah yang lebih menarik.


Mungkin ada diantara kita yang tidak menyedari bahawa Lesung Pipit bukan sahaja wujud di bahagian pipi manusia. Dagu berlekuk merupakan kategori lekukan di muka yang dikira sebagai lesung pipit. John Travolta merupakan pelakon yang terkenal dengan Dagu Lekuknya dan tidak kurang juga artis  di negara kita iaitu Dato' Siti Nurhaliza.....jangan jealous you!


Dagu Lekuk Dato' CT.....

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...