Masalah besar ibubapa adalah untuk mendapatkan playgroup bagi menempatkan anak-anak istimewa. Apatah lagi kami di Kuala Terengganu. Tercari-cari, tertanya-tanya ke sana ke mari kalau-kalau ada kemudahan seumpamanya untuk anak-anak ini.
Anak istimewa seharusnya didedahkan dalam kehidupan bermasyarakat sejak di awal usia mereka. Sekarang bukan lagi zaman lampau dimana anak-anak istimewa disorok oleh ibubapanya di rumah. Mereka juga berhak berada dalam masyarakat tanpa diskriminasi. Cerita sedih 'Adik Firdaus' baru-baru ini hanya sebagai suis penyedar kepada mereka yang masih lalai terhadap keperluan anak istimewa (samada di pihak ibubapa, pihak bertanggungjawab mahupun masyarakat sekeliling).
Intervensi awal amat penting bagi anak-anak istimewa |
Mereka juga perlu diberi intervensi seawal mungkin agar kehidupan mendatang golongan ini lebih bercahaya. Sedangkan pusat-pusat yang menyediakan perkhidmatan tersebut sangat kurang berbanding dengan peningkatan populasi anak istimewa seperti autisme, down syndrome, slow leaner dan sebagainya.
Mengambil inisiatif dari Yayasan Faqeh, kami ibubapa yang mempunyai anak istimewa dalam pelbagai kategori telah bergabung tenaga menubuhkan persatuan yang diberi nama 'Sahabat Faqeh Terengganu'. Ianya bermatlamat untuk mewujudkan playgroup buat anak-anak istimewa di daerah ini disamping mengeratkan sillaturrahim sesama ibubapa. Jika diizinkan oleh-Nya, amat besar harapan kami untuk mengadakan kemudahan sebuah pusat yang menyediakan program intervensi awal dengan terapist yang terlatih bagi membantu anak-anak istimewa.
Percayalah, kita boleh membantu mereka! |
Sesungguhnya, Allah menguji hanya kepada hamba-Nya yang berkemampuan kerana Dia lebih mengetahui atas segalanya. Kami menyahut cabaran ini, untuk bersama-sama membantu anak kami dalam mendekatkan mereka dengan pencipta-Nya disamping membentuk mereka menjadi manusia yang berdikari di masa akan datang....InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment