1:59 PM

Selamat Hari Lahir....
Bagaimana hati tak tersentuh? Baru setahun jagung usia Sahabat Faqeh Terengganu. Berjuang dalam kumpulan kecil, demi anak istimewa masing-masing. Dulu kami tidak saling mengenali. Namun, kewujudan SFT telah melahirkan keakraban dalam berjemaah.
Terima kasih atas ingatan adik-adik Sahabat Faqeh Terengganu sempena hari lahir ku yang ke 49 pada 15hb Mei yang lalu. Kek coklat 'Happy Birthday Mamarazzi' menjadi kejutan...
10:34 AM

Hadiah Syahmi untuk Cikgu Wan Normah (Guru Kelasnya)....
Sambutan Hari Guru kali ini Syahmi telah melangkahkan kaki ke Tingkatan 1. Tiada lagi dikelilingi guru-guru Pendidikan Khas yang lebih arif tentang keperluan anak istimewa. Syahmi berada di sekolah biasa sepenuhnya. Guru-guru biasa, yang tidak tahu menahu tentang anak-anak berkeperluan khas sepertinya.
Ibu dan ayah doakan kamu mendapat guru-guru yang boleh bertolak ansur dengan kekurangan...
10:47 AM

Karnival Unisza Universiti Komuniti di Kampus Gong Badak kelmarin menyaksikan deretan booth dari agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya. Dalam banyak-banyak booth berkenaan, Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu juga mencelah di sana memandangkan PSFT bergerak di bawah IDAMAN (Institut Darul Iman) iaitu organisasi yang digerakkan oleh Unisza bagi manfaat kerajaan negeri Terengganu Darul Iman.
Dipendekkan cerita, Syahmi 'melawat kawasan' karnival...
9:39 PM

Bunyi deruan air yang mengalir di celahan batu....menyamankan
Hutan Lipur Sekayu di Kuala Berang, Terengganu penuh dengan kontroversi. Kisah remaja meninggal dunia akibat lemas setelah terjatuh ke dalam air suatu ketika dulu membuatkan hutan lipur ini sunyi sepi seketika dari dikunjungi orang ramai.
Cuaca panas kini seolah-olah ada kuasa magnet yang menarik kami untuk ke sana. Mencari kesejukan air semulajadi bagi membasahi badan....
10:09 PM

Keluarga SFT - Sahabat Faqeh Terengganu
Sekali sekala bersama sahabat yang 'sekasut' boleh melepaskan tension yang bersarang di dada. Betapa mudahnya kita di Terengganu untuk mendapatkan lokasi yang menenangkan bagi menumpang berteduh. Redup, berangin dengan dikelilingi air di Lagoon Kuala Ibai. Kelmarin 1hb Mei 2015, cuti Hari Pekerja seluruh negara memungkinkan kami Sahabat Faqeh Terengganu mengatur program ini dengan jayanya.
Tidak perlu...