اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, May 2, 2015

Rehat Minda Bersama Keluarga SFT



Keluarga SFT - Sahabat Faqeh Terengganu

Sekali sekala bersama sahabat yang 'sekasut' boleh melepaskan tension yang bersarang di dada. Betapa mudahnya kita di Terengganu untuk mendapatkan lokasi yang menenangkan bagi menumpang berteduh. Redup, berangin dengan dikelilingi air di Lagoon Kuala Ibai. Kelmarin 1hb Mei 2015, cuti Hari Pekerja seluruh negara memungkinkan kami Sahabat Faqeh Terengganu mengatur program ini dengan jayanya.


Tidak perlu bayar sesen pun untuk lokasi. Kita pakat bentang tikar kemudian beraktiviti. Makanan secara potluck, masing-masing bawa sedikit juadah, apabila dikumpulkan jadi banyak. Dhuha, rukyah, Brain Gym dan akhir sekali mestilah acara makan-makan sambil berkenal-kenalan antara satu sama lain. Terasa kita tidak berseorangan lagi dalam menangani anak yang mengalami masalah pembelajaran ini. Yang senior memberi nasihat pada yang junior. Yang berilmu kongsikan ilmu pengetahuan yang ada sesama kita, supaya anak-anak kita dapat dibantu.


Solat Dhuha

Rukyah sama-sama....

Aktiviti Brain Gym...

Makan time....

Sementara kanak-kanak asyik bermain belon......

Jam 12.00pm majlis usai. Yang lelaki akan ke masjid untuk solat Jumaat maka masing-masing berkejar masa untuk balik ke rumah menyiapkan diri untuk menjadi tetamu-Nya pula. Senyum lebar tanda kepuasan, lega dapat berekreasi beramai-ramai dalam suasana kekeluargaan disambut pula dengan persekitaran yang redup dan berangin di Lagoon Kuala Ibai.




Rangkuman detik-detik bersama keluarga SFT dari jam 9.30am-12.00pm
di Lagoon Kuala Ibai

InshaAllah...lain kali kita buat acara yang serupa untuk merehatkan minda setelah sibuk dengan jadual harian masing-masing yang tiada kesudahannya. Disamping dapat mengeratkan sillaturrahim, dapat juga kita beriadah secara berjemaah di hujung minggu....

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...