اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, November 11, 2015

Pulangkan....



Apa yang dipulangkan? Bila udah dinamakan pinjaman, tentulah kita kena pulangkan semula pada yang empunya. Pulangkan apa? Si anak memulangkan BUKU TEKS sekolah hari ini. Hihihi...jangan marah, sengaja bikin gempaq.




16 buah semuanya.....

Selamat tinggal buku-buku semua. Setahun tak lama mana rupanya. Pejam celik, pejam celik dah nak kena pulangkan semula kepada pihak sekolah. Terima kasih kerana telah bersama anak ku selama setahun, sebagai bahan rujukan utama anak ku menimba ilmu di Tingkatan 1. Semoga ianya tetap terjaga bersih sebagaimana anak ku menjaganya. Tanpa diconteng-conteng, berbalut dengan kemas.

Bersyukurlah kita dapat meminjam buku-buku ini secara percuma. Masih ingat lagi suatu ketika dulu kami terpaksa membeli buku-buku teks setiap tahun kerana polisi kerajaan ketika itu tidak memberi kemudahan pinjaman buku teks kepada ibubapa yang 'dikatakan' berkemampuan. Beratus-ratus juga dihabiskan dalam setahun untuk mengadakan buku teks anak-anak.

Belajar rajin-rajin anak bangsa ku. Jangan sia-siakan peluang yang ada......




0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...