10:43 AM

Kehadiran mereka di mainstream merupakan kes terpencil, jarang-jarang berlaku. Kebiasaannya kita hanya melihat anak-anak istimewa belajar di sekolah-sekolah pendidikan khas yang dikhususkan kepada permasalahan mereka.
Sekolah dimana Syahmi anak istimewa kami belajar hingga kini
Banyak cabaran yang harus dilalui oleh si istimewa apabila berada di kalangan mereka yang tipikal. KITA HARUS FAHAM BAHAWA SI ISTIMEWA INI BERADA DI MAINSTREAM...
5:29 AM

YM Tunku Mona Riza (Direktor Filem Redha) menghiasi dinding pejabatnya dengan
cenderamata dari anak-anak autisme seluruh negara
Perancangan Allah sangat tepat. Dulu, kami menangis kerana uniform tadika berwarna pink itu. Uniform yang inilah membuatkan hati saya retak seribu. Dipakai hanya seminggu, terpaksa dilipat dan disimpan sebagai kenangan kerana anak kami di'reject' dari meneruskan pembelajarannya di sana.
Remuk redam hati macam mana...
7:27 PM

Dia Genius....EINSTEIN, bagaimana dengan autisme
yang lain???
Bila disebut AUTISME, ramai yang berpendapat golongan ini merupakan mereka yang GENIUS. Tidak semudah itu kita mengadili keupayaan golongan ini hanya dengan melihat paparan di media tentang pencapaian beberapa anak autisme yang cemerlang dalam bidang-bidang tertentu.
Ramai lagi anak-anak autisme dalam masyarakat kita yang mengalami pelbagai keadaan yang amat menguji...
12:35 PM

Suatu ketika di tahun 2018
Bersama-sama kawan di PPKIBP-Sek Keb Seri Budiman 2
Rindu pada saat-saat ini....
Baju baru, kasut, beg sekolah pun semuanya baru. Dia tak pernah mintak. Yang tahun lepas pun masih baik katanya. Cuma kita sebagai ibubapanya, tak sampai hati nak membiarkan dia ke sekolah dengan pakaian lama. Biar dia bersemangat sebagaimana rakan-rakannya.
Tahun ni dia di Tingkatan 3. Umurnya dah masuk 15 tahun. Sepuluh tahun dulu,...