4:53 PM

Hari pertama PT3 yang lalu....ibu memerhati kamu dari jauh
Bukan mudah untuk menyedarkan masyarakat tentang kehadiran insan-insan autisme di sekeliling mereka. Keperluan mereka, kelainan yang ada, kecenderungan dan sebagainya. Kita mewakili golongan minoriti, tentulah amat sukar untuk memberi kefahaman kepada masyarakat luar secara total.
Umpamanya, dengan kewujudan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sesebuah sekolah harian...
9:12 PM

Hanya pada Mu Ya Allah....
ALHAMDULILLAH...tamat sudah PT3 2017. Kertas akhir Bahasa Arab 8.00am hingga 10.00am tadi. Kelihatannya raut muka Syahmi manis terpampang ketika keluar dari bilik peperiksaan. Mungkin berpuas hati menjawab soalan kertas Bahasa Arab yang merupakan subjek yang paling diminatinya.
Syukur sangat atas kurniaan-Nya, kesihatan si anak yang sangat baik sepanjang bulan-bulan terakhir menjelangnya peperiksaan, kelas-kelas...
1:47 PM

Aamiin....
Esok PT3 bermula. Ya Allah ya Tuhan ku, telah habis daya buat kami ibubapanya, guru-gurunya untuk memberi ilmu pada Muhammad Syahmi Asyraff Bin Samsul Muariff. Kami serahkan segalanya kepada Kamu Ya Rabb. Semoga Engkau kurniakan ketenangan hati buat dia menghadapi Peperiksaan PT3. Permudahkanlah urusannya.
Semoga, kecemerlangan menjadi miliknya, juga milik rakan-rakannya dan menjadi manfaat kepada ummah di masa akan datang. Sesungguhnya...
2:00 PM

Bas Kite.....
Autisme dan obsessi, tidak boleh dipisahkan. Masing-masing dengan obsessi terhadap sesuatu perkara/objek yang menarik perhatian mereka. Kita yang biasa ni tidak ambil kisah sahaja, tapi bagi mereka perkara/objek berkenaan amat mengasyikkan, bernilai dan perlu diteroka lebih lanjut.
Kalau dulu, di awal usianya dari 6-12 tahun. Syahmi amat berminat dengan dunia astronominya. Segala nama planet dihafalnya, fakta-fakta penting diintai...