A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, December 31, 2018

Dia Calon SPM 2019

Selamat tahun baru 2019 buat semua pengunjung blog Autism A Gift From Heaven. Semoga kita semua terus kuat menghadapi cabaran dalam pendidikan anak istimewa. Perjalanan masih panjang. Syahmi akan berada di Tingkatan 5 tahun ini. SPM menanti hujung tahun nanti. Pasti Syahmi lebih sibuk dengan pembelajarannya. Semoga dia tidak jemu berusaha, kejayaan tidak datang bergolek pastinya. Semoga Syahmi beroleh kejayaan...aamiin Happy New Year...

Tuesday, December 25, 2018

Luahan Ku Sekadar Memberi Semangat

Posting melalui fb hari ini, 25hb Dec 2018 Result final year Syahmi di Tingkatan 4 ...

Friday, December 21, 2018

Rumpun Kasih Sayang at Felda Residence Hotspring, Sungkai

Rumpun Kasih Sayang Zakaria dan Jameah di Felda Residence Hotspring, Sungkai Tanggal 26hb dan 27hb Nov 2018 (2 hari 1 malam), pertama kalinya kami berkumpul beramai-ramai anak menantu, cucu, cicit Tok Yan (nama sebenar Hj Zakaria bin Haji Nordin) di 3 buah villa yang sangat selesa. Alhamdulillah segalanya ditaja oleh anak lelaki tunggal Tok Yan serta isteri buat adik beradik, anak cucu kira-kira 54 orang kesemuanya. Suasana indah dan selesa...

Thursday, November 8, 2018

Screen Punah!

Udah lama laptop yang itu berkhidmat pada ku. Mungkin sudah 'sampai hukum' agaknya, maka dia akan pergi jua akhirnya. Oleh itu kita tutup cerita laptop, teruskan berkongsi pengalaman tentang Syahmi, remaja autisme kini. Sebulan lebih berhenti menaip di sini, terasa banyak hal yang hendak diceritakan. Kehidupan Syahmi kian berubah di sekolah barunya. Dia sibuk dengan pelbagai aktiviti hingga hujung tahun nampaknya. Kini bulan November, dia sedang...

Thursday, September 6, 2018

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka.....

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka Anak istimewa yang berada di bawah program inklusif biasanya akan berdepan dengan masalah kefahaman pihak sekolah terhadap kekurangan dan keupayaan mereka. Walaupun pihak yang membuat dasar telah memberi lampu hijau kepada program inklusif ini, namun bagi mereka yang terlibat, ada yang masih kurang faham dan takut-takut. Terdapat sesetengah sekolah biasa yang khuatir untuk menerima kehadiran pelajar istimewa, kerana...

Wednesday, September 5, 2018

Dia Dah Mampu Hasilkan Pamphlet 3 Folded

Tuntutan pembelajaran masa kini sangat mencabar, namun apabila anak-anak kita berusaha keras pasti dapat memacu keupayaan mereka kepada yang lebih baik. Syahmi dah mampu menghasilkan pamplet kini walau belum cukup uumph hasilnya. Kira okay la dengan usianya yang akan mencecah 16 tahun lusa. Lihatlah hasilnya...Pamphlet 3 Folded 3 Folded Pamphlet - My Name Is Syahmi ...

Friday, August 10, 2018

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Airmata melimpah deras, akhirnya terubatnya jua. Kalau dulu Syahmi melangkah keluar dengan rasa  was-was dan sebagainya. Hari ini, hikmah terungkap satu persatu. Cabaran tetap ada, tapi jelas dan nyata cabaran yang datang untuk menguatkan dirinya bagi berhadapan dengan realiti dunia. Tiga bulan sudah Syahmi di SMK Panji Alam. Berbeza sangat jalan cerita si anak. Kalau dulu dia bahagia kerana dirinya selesa dengan apa yang ada. Hanya dapat...

Thursday, July 26, 2018

Perjumpaan Raya Ibubapa Anak Istimewa Terengganu

Lambat pulak nak update kisah perjumpaan raya keluarga anak istimewa hari tu. Nak menghimpunkan sejumlah keluarga untuk bertemu bukan perkara mudah kerana masing-masing ada komitmen sendiri. Asyik tertangguh-tangguh, hinggalah ke akhir Syawal (13hb Julai 2018) barulah terlaksana pertemuan ini di Lagoon Kuala Ibai, jam 9.30am hingga 12.30pm. Berkonsepkan potluck, rezeki memang melimpah ruah. Pelbagai menu tersedia, Nasi Dagang, Nasi Lemak, Meehoon...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...