1:14 AM

Kita berbeza...
Kami tidak sebulu dalam hal ini. Si isteri sangat alah dengan bau durian. Sakit kepala, mual, semua ada. Sedangkan si suami pula sangat 'berhantu' dengan raja buah ini. Jangan gaduh-gaduh ya. Redha meredhai, buah-buah ni datang bermusim. Bukan setiap hari boleh merasa nikmatnya. Kisah ini berlaku dua minggu yang lepas. Ketika kami ke UPSI, Tanjung Malim untuk menguruskan hal si anak sulung yang hendak bercuti semester.
Meleleh...
1:11 AM

Subhanallah....cantik, pelik, tak pernah jumpa sebelum ni. Tumbuh di halaman rumah sahaja. Ia seolah-olah berskirt, ada 'cap' bahagian atasnya. Warna yang sangat menarik, peach di bahagian skirt, sementara orange di bahagian 'cap'. Skirt pulak seperti veil si pengantin, jadi tak hairanlah dinamakan 'Bridal Veil Stinkhorn'.
Dikatakan, kulat spesies ini juga ada yang berwarna putih. Benihnya disebar bukan melalui angin seperti kebanyakan kulat,...
6:14 PM

Bukan memanjakan anak. Bukan tidak percaya pada kemampuannya. Cuma, risau, bimbang akan prestasinya supaya tidak ketinggalan jauh dibandingkan dengan rakan-rakan sekelas.
Semakin dekat PT3, kawan-kawannya sibuk membuat nota pendek, peta minda supaya mudah mengulangkaji kerana ianya senang dibawa ke mana-mana. Dia juga ada bercerita dengan ibu tentang itu. Tapi dia masih buat tak endah, seolah-olah nota pendek tidak penting baginya. Atau memang...
2:50 PM

Selamat Datang 2018
Melangkah setapak lagi. Dia berada di Tingkatan 4 juga di sekolah yang sama. Ada yang bertanya, Syahmi tak mintak SBP ke? Belum lagi masanya. Ibu sunyi di rumah nanti. Biar Syahmi di bawah pemantauan ibu lagi. Tak sanggup ibu nak lepaskan dia ke asrama. Tunggu setahun dua lagi, biar dia betul-betul matang dan berupaya untuk hidup berdikari.
Pelajar Tingkatan 4 akan menghadiri program orientasi seminggu. Kemudian mereka...