Berpeluh dibuatnya bila bermasalah dalam pencernaan!!! |
Sering kali kita mendengar rungutan ibubapa, tentang si anak autisme yang kerap mengalami masalah sembelit, cirit-birit, kembung perut dan masalah lain yang juga berkaitan dengan gangguan usus. Walaupun pengambilan makanan seimbang telah diberi keutamaan namun jika sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik, maka makanan yang baik tadi masih tidak dapat dikonsum dengan berkesan. Ini akan menyebabkan kita kekurangan nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan lalu menimbulkan gangguan seperti alahan pada kulit, asthma dan sebagainya.
Sutterella! |
Namun menurut Jorge Benach, Chairman of the Department of Microbiology at Stony Brook University, bakteria ini berhubung kait dengan penyakit gastrousus di bawah diafragma serta masih belum terbukti samada ia di dalam kelompok patogen (membawa penyakit) kepada manusia serta ia juga bukan sejenis bakteria yang amat dikenali. Walaupun demikian fakta ini menarik minat para pengkaji untuk menyelongkar lebih mendalam kaitan kewujudan bakteria ini di dalam usus kanak-kanak autisme dengan gangguan autisme (ASD) itu sendiri.
Oleh Dr Natasha Campbell-McBride |
Dr Natasha Campbell-McBride dalam bukunya 'Gut And Psychology Syndrome' menjelaskan secara terperinci tentang ketidakseimbangan mikroflora di bahagian pencernaan yang akan menghasilkan toksin serta mendatangkan kesan buruk kepada saluran gastrousus. Untuk pengetahuan semua, 80% dari sistem imunisasi tubuh manusia bermula dari bahagian usus. Oleh itu jika seseorang individu mengalami permasalahan di bahagian tersebut, maka ia boleh membawa kepada kegagalan fungsi darah dan tentunya juga menjejaskan bahagian otak.
Pelbagai fakta lagi dari pengkaji-pengkaji barat yang menarik untuk diperbincangkan dalam mencari rahsia autisme. Bagi kita ibubapa yang mempunyai anak autisme, pada peringkat permulaannya pasti akan tercari-cari jua apakah penyebab terjadinya autisme ke atas zuriat yang amat kita sayangi.
Namun, sebagai seorang mukmin sejati, percayalah pada Qadha' dan Qadar-Nya. Kasih sayang kita pada anak-anak tidak dapat menandingi kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui......
0 comments:
Post a Comment