Syahmi dan Syawal (2003) |
Versi Bila Larut Malam...Panca Sitara! (2006) |
Namun masa begitu cepat berjalan. Keduanya udah besar panjang dan Syawal telah pun berada di Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Sementara Syahmi di Tahun Lima, Sekolah Keb Seri Budiman II, Kuala Terengganu. Suatu ketika dulu Syawal pernah tersintak kerana dikhabarkan adiknya telah disingkir secara terhormat dari sekolah tadika yang pernah menjadi tempat dia memulakan era persekolahan selama dua tahun di sana. Mengapa adik nangis di sekolah??? Tanpa mengetahui sebab yang sebenar.
Syawal pernah menegur ibunya sebab bercerita pada jiran tetangga tentang kisah si adik yang mengalami autisme. Katanya, "tak payah beritahu orang lain tentang keadaan adik, adik ni biasa aje" katanya lagi. Mungkin disebabkan Syawal belum memahami ataupun baginya adik Syahmi tiada yang kurang sebab selama ini mereka seperti adik beradik lain, bermain, bergurau senda sama seperti yang lain. Cuma si adik tidak boleh bertutur dengan perkataan yang jelas seperti anak-anak lain yang seusia.
Ala-ala Tarik Upih......Upih tiada, selimut dikerjakan |
Senda gurau adik beradik...(2005) |
Usik mengusik membawa bahagia, kekadang tergigit jua.....(2012) |
Fasa tersebut telah bertahun berlalu, Syawal masih cuba memahami kelainan yang ada pada adik Syahmi. Cuma kekadang angan-angannya terlalu tinggi terhadap si adik. Syawal inginkan si adik yang juga sama sepertinya cergas beraktiviti di sekolah. Menghadiri perkhemahan-perkhemahan anjuran sekolah, berdikari tanpa perhatian ibubapa. Ohhhhh! mampukah si adik melakukannya?
Abang yang tersangat aktif dengan aktiviti kokurikulumnya... |
Nampaknya Syawal akan mengakhiri zaman persekolahan di peringkat menengah tahun ini. Ke mana arah seterusnya masih samar-samar. Yang pasti selepas ini nanti dia tiada lagi di bawah pengawasan ibubapa seperti sekarang. Ibu dan ayah berharap kamu akan berpeluang untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kami akan kehilangan kamu, terutamanya si adik yang kebiasaannya ternanti-nanti saat si abang balik dari sekolah untuk adegan usik mengusik yang kekadang membawa bahagia dan adakalanya, tergigit jua....
Berusahalah untuk berjaya dalam SPM nanti....In Shaa Allah tiada usaha yang sia-sia!
Adik dan Abang .......Bersama-sama merintis masa depan yang gemilang.....aamiin |
0 comments:
Post a Comment