Samada dari segi komunikasi, sosial, pembelajaran, tidur hinggakan makan pakainya juga sentiasa menjadi bahan kajian oleh para penyelidik seluruh dunia bagi mengetahui rahsia-Nya yang teristimewa ini. Kebiasaannya kita hanya mendengar tentang Diet GFCF. Namun kali ini kita bincangkan diet yang juga dicadangkan buat si autisme iaitu Diet Rendah Oxalate (LOD).
Fahami yang mana patut didahulukan...... |
Oxalate kebiasaanya dihubungkaitkan secara langsung dengan masalah batu karang (hyperoxaluria). Ini terjadi disebabkan oxalate iaitu bahan kimia yang boleh mengikat kalsium lalu membentuk kristal (karang). Walau bagaimana pun, terdapat kajian yang menunjukkan simptom autisme juga dapat DIMINIMUMKAN dengan amalan Diet Rendah Oxalate (LOD). Oxalate adalah bahan kimia yang boleh didapati sedikit dari sumber haiwan, buah-buahan, kebanyakan sayuran hijau seperti bayam, kacang bendi, lobak merah, jenis-jenis kekacang, chocolate, teh serta turut dihasilkan secara semulajadi oleh sistem tubuh manusia.
Kalsium Oxalate..... kristal dalam urine |
Kajian yang dipelopori oleh Susan Owens seorang pengkaji autisme sekitar awal 2005, mendapati kandungan oxalate yang tinggi di dalam urine kanak-kanak autisme jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal melalui creatinine yang diperolehi dari urine apabila darah disaring oleh buah pinggang. Perangkaan yang diperolehi didapati 36% dari ASD mengalamai paras creatinine dalam urine melebihi 90 mmol/mol yang dikatakan bersamaan dengan perangkaan paras konsistent mereka yang didiagnose sebagai penghidap batu karang genetik (hyperoxaluria), manakala paras creatinine yang setinggi ini tidak berlaku di kalangan kanak-kanak tipikal. Tiada terdapatnya asid organik lain yang berkaitan dengan permasalahan metabolisma oxalate (genetik) pada kanak-kanak ASD yang menguatkan fakta bahawa paras oxalate yang tinggi tersebut disebabkan oleh sumber dari luar.
Ref : Great Plains Lab |
METABOLISMA OXALATE MENURUT SUSAN OWENS
Memakan makanan yang mengandungi kadar oxalate yang tinggi bukanlah satu-satunya jalan untuk mendapatkan bekalan oxalate yang sistematik. Sebenarnya sistem tubuh manusia juga mampu menghasilkan oxalate secara semulajadi contohnya vitamin C adalah bahan yang ditukarkan ke oxalate oleh sel-sel tubuh kita secara rutin. Kebiasaannya, apabila oxalate telah berada di usus individu ia boleh bertindak ke atas spesies bakteria-bakteria tertentu lalu mengubah ke bentuk yang menimbulkan keradangan. Sistem 'microbial digestion' inilah yang menyebabkan lebihan oxalate dalam usus manusia.
Dalam kes tertentu umpamanya Lactobacillus Acidophilus yang berperanan sebagai spesies yang memakan oxalate juga akan dapat ditewaskan apabila oxalate dalam keadaan berlebihan di usus. Sementara, mikrob lain yang diperlukan untuk mencerna oxalate juga ada yang tewas disebabkan pengambilan antibiotik atau masih belum bertapak di kalangan kanak-kanak di awal usia dimana ia hanya cenderung diperolehi dari pendedahan ke persekitaran.
Kajian menunjukkan metabolisme Oxalate turut menyumbang kepada permasalahan neurologi |
KENAPA OXALATE TINGGI KANDUNGANNYA DI KALANGAN
AUTISME?
a) Keradangan usus yang membawa kepada penyerapan oxalate secara
berlebihan.
b) Kebocoran usus membawa kepada pengangkutan paracelular
c) Lemah dalam pencernaan lemak (Steatorrhea) yang mengakibatkan lemak
mengikat kalsium yang kebiasaanya terikat juga bersama oxalate dari
diserap
KENAPA OXALATE JUGA BERLEBIHAN DALAM BADAN?
a) Kekurangan Vitamin B6
b) Kekurangan Thiamine
c) Kekurangan Panthothenic asid atau CoA
d) Lebihan Lycine
e) Lebihan Vitamin C
Mungkin sebagai ibubapa kepada anak autisme, perasaan keliru, bercelaru dan sukar memilih cara yang betul-betul bersesuaian untuk dilaksanakan dalam membantu menangani kekurangan anak istimewa masing-masing. Seboleh-bolehnya kita mahukan jalan yang cepat menampakkan hasil, namun harus kita fahami bahawa autisme bukanlah sejenis penyakit yang memerlukan ubat-ubatan untuk mengatasinya.
Selain intervensi awal, harus juga kita berikhtiar umpamanya melalui diet sehariannya kerana autisme biasanya amat sinonim dengan permasalah usus. Tidak hairanlah ada pernyataan yang mengatakan bahawa usus merupakan otak ke dua manusia kerana keadaan tubuh dan daya tahan tubuh yang bergantung pada kesihatan usus. Jom kita amalkan diet yang terbaik buat anak-anak autisme kita......
Katakan Tidak Pada Kacang! |
0 comments:
Post a Comment