10:04 PM
Dia udah berubah! Kali ini dia balik ke kampung tanpa lappy dan gadjet miliknya. Bukan dipaksa tapi atas kehendaknya sendiri. Alasannya, nak balik kampung bermain dengan kucing peliharaan Tok dan Opahnya. Terkejut kami dibuatnya, biasa tu si lappy dulu dikemas jika hendak ke mana-mana.
|
Perjalanan menuju ke Cameron Highlands |
|
Pemandangan Cameron Valley Tea |
Kali ini balik ke kampung melalui jalan jauh, dari Kuala Terengganu ke Cameron Highlands melalui Tasik Kenyir dan turun ke Ipoh lalu ke destinasi akhir di Kuala Kangsar dimana jarak perjalanan sejauh 450km. Walau agak memenatkan dengan cuaca yang panas tapi perjalanannya sangat adventurous serta sesuai dengan mood cuti sekolah anak-anak.
|
Syahmi menakluki Ladang Teh Cameron Valley |
|
Menikmati teh asli Cameron Highlands.......asyiknyaaaaaa
|
|
Ladang strawberry juga ditawannya....
|
|
Jangan pegang-pegang....hanya untuk dipandang! |
Syahmi sangat teruja dengan suasana dingin di Cameron Highlands, namun harus ke kampung segera untuk menjenguk Tok dan Opah yang sedang sakit. Dalam usia yang menjangkau 80an, kedua-duanya sedang mengalami sakit tua. Melihat kepada keduanya, airmata bergenang menyaksikan keadaan mereka yang tersangat uzur hingga terpaksa diangkat ke bilik air mahupun ke mana-mana jua. Beberapa hari di kampung, Syahmi dapat menyaksikan bagaimana ibunya memandikan Tok dan Opah yang sudah tiada dayanya lagi. Hmmmm......bagaimana hari tua kita nanti???
Bila tiba masa untuk balik semula ke Kuala Terengganu, hati tersentuh mengenangkan Tok dan Opah yang terpaksa ditinggalkan. Hanya pada-Mu kami memohon, semoga kedua insan ini diberi perlindungan dari segala mara bahaya. Permudahkanlah segala urusan mereka, berikanlah taufik dan hidayah buat mereka berdua untuk tetap mengingati-Mu. Semoga anak-anak diberi kekuatan menjaga kedua mereka dengan kasih sayang seperti mana mereka jua yang pernah menyayangi kami sepenuh jiwa. Ampunkanlah dosa keduanya.....aamiin.
Terima kasih pada adik beradik di kampung kerana melayan Syahmi dengan baik dan memahami perilaku insan yang istimewa ini. In Shaa Allah jika umur panjang, kami akan melawat lagi Tok dan Opah serta saudara mara di kampung. Semoga kami masih diberi kesempatan untuk berbakti dan menggembirakan hati keduanya serta bermesra dengan sanak saudara yang lain.
Yang pastinya, balik ke kampung kali ini tiada lagi sesi berjam-jam bersama laptop seperti kebiasaannya. Lebih banyak masa Syahmi penuhi dengan senda gurau juga bermain dengan Si Ketot, kucing kesayangan Tok. Buat Tok dan Opah.....tunggu Syahmi balik kampung lagi ya!
|
Di desa ku......pagi yang masih diliputi kabus! |
0 comments:
Post a Comment