'Toilet Training' |
Proses yang amat mencabar bagi para ibubapa iaitu 'Toilet Training' bagi anak-anak tipikal apatah lagi bagi yang mengalami autisme. Tapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya kita benar-benar bersedia serta berkemahuan untuk membebaskan anak kita dari 'lampin pakaibuangnya'.
Sampai bila Syahmi nak berlampin? |
Beberapa langkah awal perlu dipertimbangkan sebelum memulakan latihan ini antaranya termasuklah memastikan :
a) Keadaan kesihatan si anak baik. Tidak mengalami sembelit,
bermasalah dalam kawalan usus serta lain-lain permasalahan yang
boleh menjejaskan misi. Pastikan si anak mengambil makanan
berfibre tinggi serta minum dengan secukupnya,
b) Anak-anak telah bersedia untuk proses ini seperti menunjukkan
tanda-tanda ketidakselesaan terhadap lampin yang basah atau kotor,
bangun tengah malam apabila menyedari lampinnya telah basah.
c) Lakukan pemeriksaan berkala selama beberapa hari untuk mengetahui
tahap kekerapan si anak membuang air kecil, umpamanya memeriksa
lampinnya setiap setengah jam.
d) Perkenalkan si anak dengan keperluan membersih mahupun melupuskan
lampinnya di dalam tandas. Mula memikirkan tentang bentuk ganjaran
yang dikira sesuai bagi memotivasikan si anak ke arah menjayakan misi.
Boleh juga digunakan visual support untuk memberi kefahaman yang
lebih baik pada si anak tentang 'Toilet Training'.
Visual Support amat membantu si anak autisme |
e) Target kita kali ini untuk membiasakan si anak duduk di mangkuk
tandas dengan rasa selamat (Bukan menggunakan tandas lagi). Dahului
dengan memimpin tangan si anak ke tandas dan galakkan si anak untuk
menanggalkan seluar (gunakan seluar yang elastik di bahagian pinggangnya)
serta membantunya untuk berada di kedudukan yang betul dan selesa.
Jangan lokek untuk memberi pujian/ganjaran terhadap sebarang
pencapaian si anak.
Cepat dan mudah untuk ditanggal... seluar elastik di pinggang |
Visual yang dapat menggalakkan pencapaian si anak |
f) Sasaran yang seterusnya adalah untuk melatih si anak menggunakan
tandas untuk membuang air kecil/besar. Kira-kira 20 minit sebelum
si anak dipimpin ke tandas, tambahkan pengambilan air minuman
umpamanya untuk mencapai kejayaan yang 'maksimum' apabila berada
di tandas nanti.
Bagi tujuan membuang air besar, biarkan mereka melalui proses sakit
'memulas'(pergerakan usus)secara semulajadi sambil bermain-main
(whistling,coughing, blowing) dengan bertujuan untuk melalikan seketika
keadaan tersebut. Katakan "no poo, no wee" jika tiada najis maka
biarkan si anak beredar dari tandas.
Peringatan! |
Beberapa perkara harus diambil berat bagi memastikan misi kita berjaya kerana seperti yang diketahui melatih anak autisme dalam 'Toilet Training' bukan perkara mudah. Beringatlah bahawa :
a) Janganlah berharap mereka akan memberitahu kita bila keperluan
mereka untuk ke tandas. Golongan ini tidak dapat membaca kehendak
orang lain. Sebagai penjaga, maka tugas kitalah yang sepatutnya
memperingatkan mereka dari masa ke masa tentang keperluan tersebut.
b) Jika hari pertama misi kurang berjaya, jangan sekali-kali berpatah balik
dengan memakaikanya lampin pakaibuang, teruskan dengan 'training
pants'. Ia boleh mengelirukan si anak tentang proses 'toilet training' dan
tak secara langsung memanjangkan tempoh 'Toilet Training' si anak.
c) Elakkan dari berada dalan situasi 'kecoh' apabila berlaku perkara di luar
kawalan seperti terkencing/terberak di dalam seluar. Galakkan si anak
membantu kita mencuci semula tempat yang telah tercemar (membina
rasa tanggungjawab si anak). Jika terdapat najis yang tertinggal, maka
masukkan ke dalam lubang tandas lalu diflush air (Supaya si anak faham,
di mana tempat sepatutnya ia berada).
d) Elakkan juga memandikan mereka serta merta setelah 'incident' terkencing/
terberak kerana dikhuatiri ia dianggap ganjaran oleh mereka sebab kanak-
kanak gemar bermain air.
e) Bagi menyakinkan si anak agar selamat ketika menggunakan tandas,
pastikan juga mangkuk tandas yang bersesuaian dengan si anak dengan
mempunyai tempat pemegang dan tempat untuk meletakkan kakinya yang
selesa mengikut keadaa fizikal/umur si anak.
f) Memarahi mereka kerana kegagalan mengikut arahan semasa proses
'Toilet Training', akan merangsang si anak menahan diri dari membuang
air besar dan akhirnya menjadi sembelit.
Tanda-tanda sembelit :
i) Mengadu sakit di bahagian dubur apabila hendak membuang
air besar.
ii) Sakit di bahagian perut.
iii) Reaksi menahan-nahan sesuatu seperti menyilangkan kaki, berlari
ke sana ke mari, enggan duduk di atas mangkuk tandas.
iv) Terdapat calitan najis di seluar si anak.
Kita boleh menarik nafas lega jika berjaya mengatasi cabaran ini. Yang istimewa juga mampu melakukannya, walau terpaksa mengharungi ujian yang lebih berliku jika dibandingkan dengan anak-anak tipikal. Jangan cepat mengalah kerana kita baru berada di awal perjalanan membesarkan anak istimewa. Perjalanan masih jauh dengan ujian yang lebih hebat pastinya akan ditempuhi di masa akan datang.....Semoga berjaya!
Syahmi juga boleh! |
0 comments:
Post a Comment