KEPENTINGAN TERAPI PERTUTURAN
Masalah pertuturan berlaku disebabkan oleh faktor fizikal juga mental. Faktor fizikal termasuklah seperti seseorang yang mengalami masalah sumbing. Manakala faktor mental, adalah seperti mereka yang dikategorikan mengalami masalah pembelajaran. Masalah ini perlu diatasi supaya golongan ini dapat memperbaiki kualiti hidup serta tampil dengan keyakinan diri yang tinggi dalam hubungan bermasyarakat.
ALAT BANTU TERAPI PERTUTURAN (INTERVENSI AWAL)
Ibubapa yang mula mengesyaki berlakunya kelewatan pertuturan pada si anak, sebaik-baiknya jangan berlengah lagi untuk melakukan sendiri intervensi awal. Kekadang, dalam tempoh kita mendapatkan pengesahan dari pihak yang berkepakaran tentang permasalahan si anak, secara tidak disedari kita telah membuang masa dalam membantu perkembangan pertuturannya. Lakukan sendiri di rumah dengan alatan yang mudah diperolehi di pasaran bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Yang penting, pastikan alatan ini berupaya menarik perhatian si anak serta selamat digunakan. Mudah diperolehi, lagi pun murah harganya! Antaranya ialah :
Meniup wisel. Pilihlah wisel yang berwarna terang |
Meniup belon berwarna dengan lukisan watak animasi kegemaran mereka |
Meniup dan menyedut minuman menggunakan straw |
Meniup lilin |
Letakkan bola ping pong di atas permukaan air lalu ditiup |
Meniup 'Party Blower' |
Meniup Kincir Angin buatan sendiri atau yang dijual di pasaran |
Jika kita berkemahuan dan berkesungguhan, langkah yang seterusnya haruslah diteroka seperti idea-idea yang biasa digunakan oleh ahli terapi. Perabut baru, kereta besar lagikan mampu dimiliki, inikan pula hendak berbelanja seringgit dua demi masa depan si anak. Usaha ibubapa yang berterusan amat diperlukan bagi merangsang anak-anak untuk bercakap. Alat bantu lain yang mampu dimiliki oleh kita seperti :
Echo Microphone yang mengeluarkan gema bagi merangsang si anak bercakap |
Hand Puppet untuk sesi perbualan |
Finger Puppet yang sangat menarik |
Kad Imbasan yang bersaiz kecil serta berlamina supaya mudah dibawa ke mana-mana |
Menggalakkan mereka membuat kerja tangan seperti origami sambil menyebut juga menyentuh bahan |
Indoor aktiviti seperti bermain 'Snake & Ladder' sambil menggalakkan komunikasi dua hala |
Sebenarnya pelbagai bahan lagi boleh dijadikan alat bantu kepada sesi terapi pertuturan. Cuma daya kreativiti kita diperlukan untuk menggalakkan mereka bertutur dengan betul. Sebagai ibubapa, jangan mengharapkan guru atau ahli terapi sahaja yang mengendalikan sesi terapi pertuturan. Kita juga harus melengkapkan ilmu serta membantu anak-anak kita semasa di rumah seperti melayan mereka bercakap dengan betul. Jangan sekali-kali memperlekehkan anak-anak ini kerana ia boleh melemahkan semangat mereka.
Anak-anak istimewa dianugerahkan hanya buat ibubapa yang istimewa untuk menyahut cabaran membesarkannya. Yakini pada janji Dia yang Maha Mengetahui.....kita mampu sebenarnya melaksanakan tanggungjawab itu. Jangan tangguh-tangguh lagi, lakukan sendiri terapi pertuturan di rumah sambil mengeratkan kasih sayang dengan si manja kita.
2 comments:
terharu baca blog. anak anda memang istimewa, dan bijak. tengok saja kecemerlangan akademiknya, saya percaya ibu bapanya mencurahkan keringat yang bukan sedikit.
Alice...terima kasih kerana berkunjung ke blog anak istimewa ini. Demi anak2, ibubapa sanggup lakukan selagi terdaya....perjalanan masih jauh....semoga lebih ramai lagi ibubapa yg berkesedaran ttg perjuangan mendidik insan autisme...
Post a Comment